KUALA LUMPUR, 9 MAC 2024 – Berikutan dakwaan kehilangan wang yang telah memberi kesan kepada imej dan reputasi, Lembaga Tabung Haji (TH) telah memberikan penerangan terperinci kepada pengadu berdasarkan bukti-bukti yang jelas.
Pada 9 Mac 2024, pihak pengurusan TH telah berjumpa dengan Datu Jabidah Monseri di Kuching, Sarawak, dan beliau telah melahirkan rasa kesal serta membuat permohonan maaf.
TH menerima permohonan maaf dari beliau dan turut berterima kasih kepada Datu Jabidah atas kerjasama baik yang telah diberikan.
TH mempunyai sistem pengurusan deposit yang selamat dan teguh serta sentiasa memberi perhatian yang amat serius terhadap keselamatan dan integriti operasi.
Platform atas talian THiJARI juga telah dibangunkan dengan ciri-ciri keselamatan yang menepati standard dan amalan terbaik pasaran setaraf dengan aplikasi yang digunakan oleh institusi perbankan.
Untuk pertanyaan berkenaan sebarang transaksi yang mencurigakan, pendeposit boleh menghubungi Hotline Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919. Bahagian Komunikasi Korporat Lembaga Tabung Haji