Makkah 29 Oktober 2012. Menteri di Jabatan Perdana, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, hari ini menyerahkan kuih raya dan kad hari raya kepada jemaah haji Malaysia yang berada di Bangunan Abraj Al Janariah pagi ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor telah menyerahkan 31,000 bungkusan sumbangan kuih raya dan kad raya Aidiladha kepada Tabung Haji pada 24 Oktober lalu untuk diagihkan
kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunaikan haji di Makkah. Dalam ucapannya Jamil Khir berkata program ini merupakan tanda ingatan Perdana Menteri Malaysia dan Isteri kepada semua yang menunaikan haji pada tahun ini.
Penyerahan kuih tersebut dilakukan sebaik sahaja Jemaah selesai melontar hari ke tiga di Mina dan pulang semula ke Makkah hari ini. Serahan hari ini melibatkan Jemaah KT1-KT4 yang telah selesai tawaf dan saei haji. Turut hadir semasa Majlis adalah Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari dan Pengarah Urusan Kumpulan, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Dato’ Paduka Ismee Ismail dan Dato’ Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Ketua Rombongan Haji Malaysia.
Kumpulan pertama Jemaah Haji akan pulang ke Tanah Air pada 1 November 2012 dan kumpulan terakhir akan tiba di Tanah air pada 29 November
-Tamat-