Kuala Lumpur, 29 September 2023: Merujuk kepada pengumuman YAB Perdana Menteri berkaitan pemindahan semula aset-aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang dipindahkan kepada Kementerian Kewangan pada 2018.
TH menyambut baik pengumuman ini dan akan memulakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan berkaitan pengambilan semula aset TH yang dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.
TH sentiasa terbuka kepada semua peluang pelaburan yang boleh memberi nilai tambah kepada institusi dan juga pendeposit khususnya.
Usaha ini juga akan dikaji secara terperinci dan akan melalui proses dan tatakelola sedia ada.
TH akan membuat pengumuman seterusnya berkenaan perkara ini pada masa yang sesuai.
-Tamat-