- Adalah tidak dinafikan bahawa ketika ini terdapat sebilangan bakal jemaah haji yang tidak dapat berlepas ke Tanah Suci disebabkan oleh cabaran pengeluaran visa.
- TH amat prihatin tentang kebajikan jemaah haji yang menghadapi cabaran ini dan sedang giat berusaha dengan bantuan dan kerjasama erat Kedutaan Arab Saudi Kuala Lumpur untuk menyelesaikan cabaran ini dengan secepat mungkin.
- Sedikit perkongsian mengenai proses permohonan data bakal Jemaah perlu melalui tiga (3) saluran kelulusan utama secara berperingkat dan dilaksanakan satu per satu melibatkan dua kementerian dan satu agensi Arab Saudi di Tanah Suci.
- Malah, perbincangan telah diadakan di antara TH dan Kedutaan Arab Saudi sebentar tadi berkaitan cara-cara terbaik untuk menyelesaikan cabaran ini. Wakil Kedutaan telah memaklumkan usaha usaha yang telah diambil oleh pihak Kedutaan seperti penambahan kakitangan untuk mempertingkatkan proses proses berkaitan visa.
- Jumlah jemaah yang menghadapi cabaran visa sehingga kini hanya sebanyak 51 orang sahaja. Namun begitu, jumlah jemaah haji serta keluarga yang tidak berlepas adalah sebanyak 417 orang.
- Alhamdulillah, sehingga kini sebanyak 461 jemaah BH/BV dan ahli keluarga yang terlibat telah berjaya diselesaikan dan berlepas ke Tanah Suci.
- Untuk memastikan kebajikan para jemaah BH/BV diutamakan, TH menyediakan penginapan serta makan dan minum di Kompleks TH, Kelana Jaya dan hotel-hotel berdekatan bagi yang memerlukan, di mana kos berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak TH.
- Satu Bilik Maklumat BH/BV bagi menyalurkan informasi terkini kepada para jemaah yang terlibat telah disediakan di bilik Seri Setia, Tingkat 1, Kompleks Haji (bersebelahan Kafetaria TH) yang beroperasi 24 jam. Talian khas: 03 – 7873 6297 atau 013-8068099
- Untuk makluman, bagi musim ini, TH menyediakan 110 penerbangan catar haji.
- Daripada jumlah ini, sebanyak 47 telah berlepas. Bakinya sebanyak 63 penerbangan. Penerbangan terakhir dijadualkan pada 26 Ogos 2017.
-
PENERBANGAN JUMLAH MAS FLYNAS Jumlah 74 36 110 Berlepas 28 19 47 Baki 46 17 63 - TH juga telah meningkatkan kapasiti pesawat (daripada muatan 278 (Boeing 777) kepada (Airbus 330) 420) untuk membolehkan jemaah BHBV berserta keluarga berlepas ke Tanah Suci, secara berperingkat.
- Sehubungan itu, TH yakin dapat menerbangkan semua jemaah haji terpilih bagi musim ini menjelang/sebelum berakhirnya tempoh penerbangan.TH juga telah meningkatkan kapasiti pesawat (daripada muatan 278 (Boeing 777) kepada (Airbus 330) 420) untuk membolehkan jemaah BHBV berserta keluarga berlepas ke Tanah Suci, secara berperingkat.
- Sehingga kini, jumlah Jemaah Haji yang telah berada di Tanah Suci adalah 16,974 orang ( pada 4/8/2017 @8.00 pagi)
- Pihak TH yakin perkara ini akan dapat diselesaikan secara berperingkat.
- TH juga memohon agar kesemua pihak terus memberi keyakinan kepada kami untuk menyelesaikan cabaran ini. Untuk rekod, selama 54 tahun beroperasi TH belum pernah gagal dalam memastikan semua jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa dapat berlepas ke Tanah Suci dan menunaikan ibadat haji mereka.
- TH ingin menasihati agar jemaah haji yang sedang menghadapi cabaran kelewatan visa untuk bersabar memandangkan proses mendapatkan visa haji sedang giat dijalankan. Kami optimis cabaran ini dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat dan kesemua para jemaah terpilih akan dapat meneruskan perjalanan dan urusan mereka akan dipermudahkan, InsyaAllah.
- TH juga memohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyampaikan sebarang maklumat yang tidak sahih/tepat bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan bakal jemaah haji BH/BV. Diharapkan semua pihak prihatin dengan memberi sokongan sewajarnya dan kata-kata semangat kepada kesemua jemaah yang terlibat.
- TH mendoakan semoga semua jemaah haji dapat menunaikan haji dengan tenang dan memperoleh haji yang mabrur
-Tamat -