Seramai 400 orang pelajar telah menerima zakat pendidikan daripada Lembaga Tabung Haji (TH) yang berjumlah RM200,000 dalam satu Majlis Penyampaian Sumbangan Iqra’ yang diadakan di Dewan Laman Pozi, Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Haji Shukry Mohd Salleh, Ahli Lembaga Pengarah TH dan turut sama hadir bagi memeriahkan majlis ialah YBhg. Dato’ Mohyen Mosman, Pengarah TH Negeri Terengganu, YBrs. Che Soh Muda, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus, pengetua–pengetua, guru-guru serta anggota TH.
Sumbangan yang berupa kelengkapan sekolah dan wang tunai berjumlah RM500 ini adalah sebagai usaha TH dalam memberi motivasi kepada pelajar untuk terus cemerlang dalam pelajaran.