Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Projek Iqra' Tahun 2013 bagi Peringkat Negeri Sembilan. Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan di Dewan Pejabat Pelajaran Daerah Jempol, Negeri Sembilan.
Pada majlis yang diadakan hari ini, sejumlah 194 pelajar miskin dan kurang berkemampuan telah menerima sumbangan. Jumlah keseluruhan sumbangan yang disalurkan adalah bernilai RM97,000. Setiap seorang pelajar terpilih telah menerima sumbangan zakat pendidikan berjumlah RM500.00 yang berupa kelengkapan sekolah dan juga wang tunai.
Projek Iqra' ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TH yang mensasarkan para pelajar kurang bernasib baik dan berkemampuan dari seluruh negara. Pada 2013 ini, TH mengunjurkan pengagihan zakat pendidikan di bawah Projek Iqra' ini berjumlah RM1.4 juta kepada lebih 2,958 pelajar.