YB Dato' Seri Haji Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), menziarahi keluarga dan waris Jemaah Haji Malaysia yang meninggal di Tanah Suci sebagai tanda simpati dan keprihatinan TH kepada kebajikan waris dan keluarga yang kehilangan orang tersayang.
Selain untuk mengucapkan takziah dan meyampaikan maklumat lengkap berkenaan kematian kepada para waris, beliau juga menyampaikan sumbangan dan derma, termasuk air zam-zam kepada semua keluarga yang diziarahi. Ini juga merupakan salah satu dari Tanggungjawab Sosial (CSR) TH, dengan membantu menmberi sokongan moral dan sumbangan selain menyampaikan sumbangan dan sijil kematian beserta barangan peribadi.
Ziarah yang diadakan ialah waris Allahyarhamah Maznah Dali, 51 dari Kuantan, Pahang yang meninggal pada 30 September pada 9:28pagi disebabkan radang paru-paru. Pengebumian telah dilaksanakan oleh pegawai TH di makkah dan disemadikan di Tanah Pekuburan Syara'ek Makkah.
PENGERUSI LEMBAGA TABUNG HAJI ZIARAH WARIS JEMAAH HAJI YANG MENINGGAL DI TANAH SUCI
Corporate
Wednesday, 15 October 2014