Lembaga Tabung Haji (TH) melalui siri jelajah Program Ehsannya mensasarkan sumbangan berjumlah RM2.2 juta kepada seramai 4,408 asnaf fakir dan miskin di seluruh negara.
TH hari ini menyumbang sebanyak RM315,000 kepada 630 orang asnaf fakir miskin yang terpilih bagi negeri Selangor. dan disempurnakan oleh YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin, Ahli Lembaga Pengarah TH.
Manakala satu lagi sumbangan bernilai RM80,000 diberikan kepada 160 orang asnaf fakir miskin yang terpilih bagi negeri Sabah dan disempurnakan oleh YBhg. Datin Hajah Nurlaila Said, Pengarah TH Negeri Sabah.
Penerima bagi sumbangan zakat Program Ehsan THterdiri daripada warga emas, ibu dan bapa tunggal serta orang kurang upaya (OKU), setiap penerima menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM500.
PROGRAM EHSAN TH BAGI NEGERI SABAH DAN SELANGOR
Corporate
Wednesday, 15 June 2016