Seremban 25 APRIL 2018 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM 2,333,113.69 bagi tahun kewangan berakhir 2017 kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan dalam satu majlis ringkas di Istana Hinggap, Seremban.
YBhg. Dato’ Sri Syed Saleh Bin Syed Abdul Rahman , Pengurus Besar Kanan Haji TH telah mempersembahkan bayaran zakat kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Pembayaran zakat TH bagi Negeri Sembilan ini mencatatkan peningkatan sebanyak 14.34% berbanding RM 2,040,443.38 (2016).
Turut hadir pada majlis tersebut adalah YAB Dato’ Sri Utama Haji Mohamad bin Hj Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan; YBhg. Dato’ Hj Selamat bin Paigo, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan; Tuan Haji Khairoddin Ahmad, Pengarah TH Negeri Sembilan; pegawai-pegawai-pegawai PZNS dan anggota-anggota TH.