Corporate
Wednesday, 13 April 2016
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM3.89 juta bagi tahun kewangan 2015 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam satu majlis ringkas di Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Kuala Terengganu.
YBhg. Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH
telah menyerahkan zakat tersebut kepada YB. Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail,
Yang Dipertua MAIDAM.
Pembayaran zakat tahun 2015 bagi Negeri Terengganu mencatatkan peningkatan sebanyak 2.09 peratus berbanding RM3.81juta pada tahun 2014.