Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya bagi tahun kewangan 2015 kepada dua Pusat Pungutan Zakat (Wilayah Persekutuan RM5.90juta; Kedah RM4.07juta) berjumlah RM9,97juta dalam satu majlis penyerahan zakat di Istana Negara.
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan untuk menerima zakat perniagaan TH yang dipersembahkan oleh YB Datuk Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.
Pembayaran zakat tahun 2015 bagi kedua-dua buah negeri masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 4.72 peratus dan 2.40 peratus (Wilayah Persekutuan RM5.63juta; Kedah RM3.98juta), berbanding tahun 2014.
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN WILAYAH PERSEKUTUAN & KEDAH
Corporate
Wednesday, 6 April 2016