Corporate
Wednesday, 12 February 2014
Kempen Derma Darah peringkat Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) bagi tahun 2014 dengan kerjasama Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malysia (KKM) telah diadakan pada 12 Februari 2014 bertempat di Bangunan Ibu Pejabat TH dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang semalam. Kempen ini merupakan acara tahunan THdalam membantu dan meningkatkan keperluan bekalan darah semasa di Pusat Darah Negara. Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari anggota TH, penyewa dan pendeposit.