TERENGGANU, 31 Oktober 2023 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat Perniagaan berjumlah RM7,580,295.38 bagi tahun kewangan berakhir 2022 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. DYMM Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan menerima bayaran zakat tersebut bagi pihak MAIDAM yang telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBrs. Tuan Syed Hamadah bin Tuan Othman.
Turut hadir semasa majlis tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Sahibus Samahah Dato' Mufti Negeri Terengganu, Prof Madya Dr. Haji Mohamad Sabri bin Haron, Yang Dipertua MAIDAM, Yang Berhormat Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM dan Yang Berusaha Prof Madya Dr Ahmad Azrin bin Adnan. Disamping itu, program serahan Van Mobiliti TH kepada pengurusan Maahad Tahfiz Al Iman dan Madrasah Al Quran Al Latifiyyah di Kuala Terengganu juga telah dilaksanakan oleh YBrs. Tuan PUK & KPE selepas Majlis Serahan Zakat TH Perniagaan Negeri Terengganu.