Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyambut kepulangan pertama jemaah haji negara seramai lebih 400 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Penerbangan pulang pertama jemaah haji yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah jam 8.25 pagi (waktu Arab Saudi atau 12.35 tengahari waktu Malaysia) dengan pesawat SAUDIA (SV5212) selamat mendarat di KLIA kira-kira jam 9.30 malam (waktu Malaysia).
Kepulangan para jemaah telah disambut dan dirai oleh YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH dengan disertai oleh Ahli Lembaga Pengarah TH - YBhg. Tan Sri Dato’ Paduka Badruddin bin Amiruldin, YBhg. Datuk Seri Othman bin Haji Mahmood dan YBhg. Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Dr Abdul Shukor bin Haji Husin serta pengurusan kanan TH.