Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan majlis penyerahan zakat berjumlah RM151,000 di bawah Program Ehsan TH sempena Ramadan 1435H/2014M. Seramai 302 orang terdiri daripada golongan asnaf dari Negeri Kelantan menerima sumbangan tersebut disampaikan oleh YBhg. Datuk Othman bin Haji Mahmood, Ahli Lembaga Pengarah TH dalam satu majlis yang diadakan di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji.
Pada tahun ini, TH mensasarkan agihan zakat berjumlah RM1.7 juta kepada seramai 3,424 asnaf miskin dan fakir di seluruh negara. Negeri Kelantan merupakan lokasi ketiga dalam siri jelajah Projek Ehsan pada tahun ini. Penerima sumbangan pada hari ini menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM500 setiap seorang.
Projek Ehsan merupakan program tanggungjawab sosial tahunan TH yang diadakan pada bulan Ramadan bertujuan meringankan bebanan kewangan golongan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya dalam membuat persiapan dan persediaan menyambut Syawal. Selain memupuk dan melahirkan masyarakat penyayang serta memberikan keceriaan kepada golongan ini.
TABUNG HAJI MENYUMBANG KEPADA GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK DI KELANTAN MELALUI PROJEK EHSAN TH
Corporate
Tuesday, 8 July 2014