Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM918,526.48 bagi tahun 2013 kepada Tabung Baitulmal Sarawak, dalam satu majlis ringkas di Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya hari ini.
Pembayaran zakat bagi Negeri Sarawak tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding RM827,156.60 pada 2012. Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi TH kepada Tuan Yang Terutama Tan Sri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Jumlah keseluruhan zakat perniagaan TH untuk tahun kewangan 2013 yang dibayar kepada negeri-negeri di Malaysia adalah sebanyak RM46.29 juta berbanding RM41.21 juta (2012). Peningkatan jumlah keseluruhan pembayaran zakat ini adalah sejajar dengan prestasi pendapatan keseluruhan TH yang memberangsangkan bagi 2013. Bagi Negeri Sarawak, pengagihan zakat yang diterimanya bagi tempoh tiga tahun berturut-turut adalah RM918,526.48 (2013), RM827,156.60 (2012) dan RM787,519.00 (2011)
ZAKAT PERNIAGAAN TH - SARAWAK
Corporate
Tuesday, 6 May 2014