Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM1,879,454.50 bagi tahun 2013 kepada Zakat Pulau Pinang, dalam satu majlis ringkas di sini.
Pembayaran zakat bagi Negeri Pulau Pinang tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding RM1,684,247.35 pada 2012. Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rozaida Omar, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Pembayaran zakat perniagaan merupakan kewajipan dan tanggungjawabTH sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam, selain memperlihatkan keprihatinannya sebagai sebuah institusi Islam ikonik negara dalam melestarikan ekonomi dan menjamin kemaslahatan ummah khususnya golongan asnaf.