Corporate
Thursday, 17 November 2016
Lembaga Tabung Haji (TH) menyalurkan zakat pendidikan kepada 140 pelajar yang berjumlah RM70,000 dalam satu Majlis Penyampaian Sumbangan Program Iqra’ di Dewan Kem Bina Negara Kundasang, Ranau, Sabah baru-baru ini.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Operasi TH dan turut dihadiri oleh YBhg. Datin Nurlaila Said, Pengarah TH Sabah, YBrs. Puan Siti Hamni Hashim, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, pengetua–pengetua, guru-guru dan pihak pengurusan TH.
Program Iqra’ yang merupakan salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat TH ini adalah sebagai motivasi kepada para pelajar untuk terus cemerlang dalam pelajaran dan meningkatkan taraf hidup mereka di masa hadapan.
.