Corporate
Thursday, 28 August 2014
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada Bakal Jemaah Haji 1435H/2014M oleh Seri Paduka Baginda (SPB) Yang Di-Pertuan Agong serta Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Kompleks Haji dan Hotel TH Kelana Jaya, Selangor.
Di dalam titah ucapannya, Baginda mengucapkan tahniah kepada para bakal jemaah kerana terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji kali ini.
Baginda juga turut menasihatkan para bakal jemaah agar memberikan tumpuan sepenuhnya kepada ibadat semoga dikurniakan haji yang Mabrur. Para bakal jemaah juga dinasihatkan untuk menjaga kesihatan kerana ibadat Haji memerlukan pengorbanan yang tinggi segi mental, fizikal dan spiritual yang kuat.