Corporate
Thursday, 23 June 2016
Majlis Program Ehsan TH yang diadakan di dua buah negeri di utara telah memberi manfaat kepada lebih 700 asnaf.
Sumbangan berjumlah RM200 ribu diagihkan kepada 400 asnaf oleh Tuan Haji Muhammad Hamdan bin Omar, Pengarah TH Negeri Kedah. Manakala, RM151 ribu pula diagihkan oleh Tuan Haji Mohamad bin Abas, Pengarah TH Negeri Pulau Pinang kepada 302 asnaf.
Sumbangan di beri kepada golongan asnaf fakir dan tidak berkemampuan di Kedah dan Pulau Pinang.
Program ini juga merupakan sebahagian daripada khidmat tanggungjawab korporat (CSR) TH dalam membantu asnaf yang memerlukan bantuan kewangan.