Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya bagi tahun 2013 berjumlah RM5,044,962.84 kepada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ) dalam satu majlis ringkas di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.
Pembayaran zakat bagi Wilayah Persekutuan mencatatkan peningkatan sebanyak 18 peratus (2012: RM4,274,611.38), yang turut merupakan negeri yang mencatatkan peratusan tertinggi bagi tahun tersebut berbanding negeri-negeri lain.
Pembayaran zakat perniagaan TH ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada YBhg. Datuk Che Mat Che Ali, Pengerusi PPZ-MAIWP dan disaksikan oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN RM5.04 JUTA KEPADA PUSAT PUNGUTAN ZAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
Corporate
Thursday, 27 February 2014