Corporate
Sunday, 22 September 2013
Yang Berhormat Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menziarahi keluarga Allahyarham Daud Kamsani, 64 di Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, Johor.
Allahyarham Daud Kamsani merupakan jemaah haji pertama negara ini yang telah meninggal dunia pada musim haji 1434H. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada 15 September 2013 jam 9.00 pagi (waktu Saudi) akibat masalah jantung di Madinah.
Jenazah Allahyarham Daud Kamsani telah diuruskan oleh para petugas TH dan dikebumikan di tanah perkuburan Baqi di Madinah selepas solat Asar pada hari yang sama. Memandangkan Allayarham belum pernah menunaikan haji, TH akan melaksanakan badal haji untuk Allahyarham tanpa sebarang bayaran.