Corporate
Sunday, 21 September 2014
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan majlis pelepasan Jemaah Haji KT 54 di Dewan Mutiara, Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YABhg Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor Shariff telah hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada para jemaah.