Corporate
Saturday, 13 September 2014
Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuka kaunter perkhidmatannya di UTC Kuching, Sarawak, bermula pada Isnin, 15 September 2014.
Perkhidmatan kaunter ini merupakan yang pertama di Sarawak dan sejajar dengan inisiatif kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan kepada komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti atau dalam satu bangunan.
Perkhidmatan kaunter ini diharap dapat memudah serta memberikan akses terbaik kepada para pendeposit untuk berurusan di kaunter TH serta dapat memperkasa dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan sejajar dengan saranan kerajaan, "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".