Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang RM347,000 kepada 694 orang asnaf fakir miskin di bawah program tanggungjawab korporat tahunannya, Program EhsanTH bagi tahun ini.
TH melalui siri jelajah Program Ehsannya mensasarkan sumbangan berjumlah RM2.2 juta kepada seramai 4,408 asnaf fakir dan miskin di seluruh negara. Sumbangan zakat sempena bulan Ramadan kepada penerima terpilih ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Zaiton Mohd Yusoff, Pengarah TH Wilayah Persekutuan, dengan setiap penerima menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM500. Penerima sumbangan zakat Program Ehsan TH terdiri daripada warga emas, ibu dan bapa tunggal serta orang kurang upaya (OKU).
Program Ehsan yang dilaksanakan menjelang/pada bulan Ramadhan adalah bertujuan meringankan beban kewangan golongan asnaf dalam membuat persiapan dan persediaan menyambut bulan Syawal. Disamping itu, program ini berupaya memupuk dan melahirkan masyarakat penyayang serta memberikan kebahagiaan kepada golongan ini, disamping menjadi platform bagi TH memahami permasalahan yang dihadapi komuniti setempat.
PROGRAM EHSAN TH - WILAYAH PERSEKUTUAN
Corporate
Saturday, 11 June 2016