Corporate
Monday, 14 September 2015
Pihak Pengurusan TH pada hari ini meluangkan masa untuk menziarahi kelima-lima waris jemaah haji yang terkorban dalam insiden kren tumbang di Masjidil Haram baru-baru ini.
Ziarah dimulai dengan waris Allahyarhamah Rusiah Suar di Sungkai, Perak oleh Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.
Selain waris Allahyarhamah Rusiah Suar , waris-waris kepada Allahyarhamah Zainun Taha (Ampang), Allahyarhamah Siti Nuroshlizan Zolkifli (Shah Alam), Allahyarhamah Rohana Ismail (Kelantan) dan Allahyarhamah Munah Yusoh (Kelantan) turut dilawat oleh pihak Pengurusan TH.
TH turut menyerahkan sumbangan khas dan takaful kepada waris-waris bagi meringankan beban mereka.