Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat
perniagaannya berjumlah RM1.01 juta bagi tahun kewangan 2015 kepada Tabung
Baitulmal Sarawak dalam satu majlis ringkas di Astana Negeri, Petra Jaya, Kuching.
Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shukry Mohd
Salleh, Ahli Lembaga Pengarah TH kepada Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul
Taib Mahmud, Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Pembayaran ini mencatatkan
peningkatan sebanyak 2.51peratus berbanding RM985,162.09 (2014).
TH merupakan antara institusi penyumbang tertinggi zakat perniagaan di Malaysia.
Tahun 2015, TH mencatatkan pembayaran zakat berjumlah RM59.3 juta berbanding
RM57 juta (2014), sejajar dengan kedudukan kewangan TH yang kukuh dan baik
disebalik ketidaktentuan ekonomi pada tahun lalu.
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN SARAWAK
Corporate
Monday, 28 March 2016