Corporate
Monday, 17 February 2014
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan sijil-sijil Badal Haji untuk perwira negara yang telah terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara dalam Ops Daulat di Lahad Datu dan Semporna, Sabah tahun lalu.
TH telah melaksanakan badal haji untuk enam pegawai Polis Diraja Malaysia dan seorang anggota tentera yang terkorban sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan besar mereka demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara daripada ancaman musuh.
Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH menyerahkan sijil-sijil tersebut kepada Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara pada satu majlis ringkas di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman pada hari ini.