Pihak Lembaga Tabung Haji (TH) telah menjalankan satu latihan kebakaran dan pengungsian bangunan di Bangunan Ibu Pejabat TH, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dengan kerjasama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Bahagian Keselamatan TH, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan pihak-pihak berkuasa lain.
Tujuan latihan dan pengungsian ini dijalankan adalah sebagai langkah kesiapsiagaan TH sekiranya berlaku sebarang kebakaran atau musibah pada bangunan TH. Senario kecemasan direka bagi tujuan latihan yang membabitkan pihak berkuasa dan kakitangan di bangunan ini.