Kumpulan pertama seramai 444 Jemaah Haji telah selamat tiba di KLIA setelah selesai melaksanakan ibadah haji. YB. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH dan pihak Pengurusan Kanan TH hadir menyambut ketibaan semua jemaah haji penerbangan balik pertama tersebut di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Penerbangan terus pesawat Saudi Arabian Airlines (SV 5506) itu berlepas dari Jeddah, Makkah pada jam 7.00 pagi (waktu Saudi) atau jam 12.00 tengahari (waktu Malaysia) dan tiba pada jam 8.50 malam di KLIA. YB. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengambil kesempatan mengucapkan selamat pulang dan tahniah kepada para jemaah kerana telah selesai menunaikan fardhu Haji masing-masing. Ketibaan mereka turut disambut oleh ahli keluarga dan saudara mara yang sudah berada di Balai Ketibaan, KLIA sejak awal lagi.
KUMPULAN PERTAMA JEMAAH HAJI SELAMAT PULANG
Corporate
Friday, 10 October 2014