Kelab TaHa, Lembaga Tabung Haji (TH) diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records sebagai sebuah kelab yang mempunyai jumlah keahlian pelajar sekolah paling ramai di Malaysia (Most Number Of School Students Memberships In A Single Club) iaitu seramai 1,119,094 pada 31 Disember, 2013.
YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH telah menerima sijil pengiktirafan tersebut daripada YBhg. Datuk Danny Ooi, Pengasas dan Pengarah Urusan The Malaysia Book of Records dalam satu majlis di TH Hotel, Kelana jaya.
Pada awal penubuhannya, Kelab TaHa mempunyai keahlian berjumlah 119,651 pelajar dan telah meningkat daripada tahun ke tahun sehingga mencecah jumlah 1,119,094 pelajar pada 31 Disember 2013. Kini, jumlah keahlian tersebut mencecah melebihi 1.15 juta pelajar.
TABUNG HAJI CATAT NAMA DALAM THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS
Corporate
Friday, 9 May 2014