Happy family

Tadbir Urus TH

TH komited kepada tadbir urus yang kukuh, telus, dan bertanggungjawab dalam mengurus simpanan pendeposit. Anggota Lembaga dan Barisan Pengurusan kami mematuhi dasar dan piawaian kawal selia yang jelas dalam memastikan amalan beretika, membuat keputusan secara berhemah, serta pertumbuhan dan keselamatan dana jangka panjang.

Rangka Kerja Pengawasan TH

TH mempunyai budaya patuh dan beretika yang ditakrifkan diukur dan ditambah baik. Ini termasuk peraturan dan pematuhan Syariah, disamping semua undang-undang dan peraturan yang terpakai, kewajipan pengawalseliaan dan polisi kerajaan.

Ketahui Lanjut

Dasar Integriti

Sebagai sebuah organisasi Islam, TH sentiasa memberi penekanan ke arah tahap integriti dan moral yang tinggi dalam kalangan anggota selain meningkatkan kepakaran dan kompetensi kerja.

Ketahui Lanjut

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

Adalah menjadi tanggungjawab TH untuk memastikan persekitaran pekerjaan adalah sentiasa selamat, sihat dan bebas daripada hazad dan penyakit pekerjaan kepada semua anggota TH dan pelanggan dengan menetapkan dan menguatkuasaan Dasar Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (KKP) TH di dalam dan luar negara.

Ketahui Lanjut

e-Whistleblowing

TH telah mewujudkan Dasar Pendedahan Maklumat Tentang Salah Laku di Tempat Kerja ("Whistleblowing Policy") bagi memudahkan Anggota TH atau orang awam melaporkan pelanggaran tatakelakuan dan/atau integriti, secara berstruktur dan dengan jaminan bahawa identiti Pemberi Maklumat dilindungi dan dirahsiakan.

Ketahui Lanjut

Notis Privasi

Notis Privasi ini menggariskan cara TH mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menyusun, mengubah, menzahirkan, mengguna dan memusnahkan data peribadi anda berhubung dengan urusan penyimpanan dan pengurusan haji di TH.

Ketahui Lanjut

Terma dan Syarat

Syarat-syarat penggunaan laman portal serta hak dan kewajipan semasa mengakses dan/ atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini.

Ketahui Lanjut

Notis Privasi TH

Merujuk kepada apa-apa maklumat berkenaan dengan transaksi komersial yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan individu, yang dikenal pasti atau dapat dikenal pasti melalui maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain yang dimiliki oleh TH, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan pendapat yang dinyatakan tentang individu tersebut.

Ketahui Lanjut

Dasar Privasi Portal TH

Halaman ini menerangkan mengenai dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh para pengunjung ketika melayari portal TH.

Ketahui Lanjut

Dasar Keselamatan

Teknologi terkini termasuk inskripsi data dan penggunaan kata laluan adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan kepatuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Ketahui Lanjut

Hak Cipta Terpelihara

Kerajaan Malaysia dan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal TH ini.

Ketahui Lanjut