Perlindungan Takaful asas serendah RM28

Komitmen kecil, manfaat menyeluruh untuk ketenangan anda

Company logo

Informasi tentang TH Khairat

TH Khairat merupakan pelan sukarela yang menawarkan perlindungan Takaful asas sebanyak RM12,000 terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh dengan langganan tahunan serendah RM28. Perlindungan ini akan memberi bantuan kewangan kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian ke atas pendeposit. Sebahagian darinya iaitu RM2,000 boleh dijadikan sumbangan (Infaq) bagi pihak si mati kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan oleh Pengendali Takaful.

Terbuka kepada pendeposit TH yang berumur seawal 30 hari sehingga 65 tahun (hari lahir berikutnya)

Perlindungan Takaful terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.

Manfaat perlindungan sebanyak RM12,000

Pendeposit boleh memilih untuk sebahagian darinya iaitu RM2,000 dijadikan Infaq kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pengendali Takaful

Langganan tahunan serendah RM28

Pendaftaran dilakukan melalui web/aplikasi THiJARI sahaja

Pengendali TH Khairat

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad
198401019089(131646-K)
Ahli PIDM

Panduan Perkhidmatan Takaful Malaysia

Hong Leong MSIG Takaful Berhad
200601018337 (738090-M)
Ahli PIDM

Panduan Perkhidmatan HLM Takaful

*Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk brosur sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans PIDM atau hubungi pengendali takaful atau PIDM (layari www.pidm.gov.my)

Terma dan Syarat Pendaftaran

1

Terbuka kepada pendeposit TH berumur 30 hari sehingga 65 tahun (hari lahir berikutnya).

2

Pendaftaran bagi pendeposit berumur bawah 18 tahun hendaklah didaftarkan oleh penjaga yang mentadbir akaun tersebut. 

3

Pastikan baki akaun TH yang boleh digunakan berjumlah sekurang-kurangnya RM100 untuk pendaftaran dan setiap kali pembaharuan.

4

Bayaran langganan akan didebitkan secara automatik daripada akaun TH secara tahunan selagi mana tiada permohonan penamatan daripada pendeposit.

5

Sijil Takaful tidak akan diperbaharui sekiranya pendeposit melebihi had umur 65 tahun (hari lahir berikutnya) atau baki akaun kurang daripada RM100.

6

Pendeposit boleh menamatkan sijil Takaful pada bila-bila masa dengan memaklumkan kepada pengendali Takaful yang dilantik.

7

Bayaran langganan yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya langganan ditamatkan atas apa jua sebab sekalipun.

8

Penerima manfaat yang dinamakan mestilah:

  1. Mempunyai akaun TH
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas

9

Pendeposit tertakluk kepada 3 bulan tempoh menunggu (waiting period) bagi kematian/hilang upaya kekal dan menyeluruh semulajadi (natural death/TPD) dan tiada tempoh menunggu bagi kematian/hilang upaya kekal dan menyeluruh disebabkan kemalangan.

10

Tuntutan boleh dibuat dengan muat turun borang tuntutan di pautan yang disediakan di laman utama THiJARI dan dihantar terus kepada pengendali Takaful.

11

Tuntutan hanya boleh dibuat sekali sahaja oleh penerima manfaat dan tidak boleh dipindah milik.

12

Urusan Infaq daripada jumlah perlindungan diuruskan sepenuhnya oleh pengendali Takaful.

13

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di Helaian Keterangan Produk (Product Disclosure Sheet) pengendali Takaful yang dilantik.

Gandakan Manfaat Perlindungan

Pendeposit layak untuk memiliki sehingga 4 sijil dan akan menerima manfaat perlindungan berjumlah RM48,000

Pengendali
Langganan Tahunan
Manfaat Perlindungan
Frame 2638 (5).png

Sijil 1

RM 28

RM 12,000

Sijil 2

RM 28

RM 12,000

Frame 2638 (6).png

Sijil 1

RM 28

RM 12,000

Sijil 2

RM 28

RM 12,000

Sekiranya pendeposit meninggal dunia di Tanah Suci semasa menunaikan ibadat haji, manfaat akan dibayar dua kali ganda kepada penerima manfaat

1 Sijil RM 12,000 kepada RM 24,000

2 Sijil RM 24,000 kepada RM 48,000

1 Sijil RM 36,000 kepada RM 72,000

1 Sijil RM 48,000 kepada RM 96,000

Soalan Lazim

Soalan lazim tentang TH Khairat, sila baca di sini.