Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


Kecederaan dan penyakit yang timbul daripada situasi kerja akan memberi impak yang besar daripada segi operasi, kewangan, keselamatan, reputasi dan tindakan undang-undang kepada TH. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab TH untuk memastikan persekitaran pekerjaan adalah sentiasa selamat, sihat dan bebas daripada hazad dan penyakit pekerjaan kepada semua anggota TH dan pelanggan dengan menetapkan dan menguatkuasaan Dasar Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (KKP) TH di dalam dan luar negara.

Bagi menjayakan dasar KKP ini, TH akan memastikan langkah yang perlu dilaksanakan seperti berikut

Sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan berkaitan dengan KKP yang berkuatkuasa.

Memastikan pengurusan KKP sebagai salah satu aspek yang penting dalam Pengurusan TH.

Melaksanakan sistem kerja yang selamat melalui Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan yang sistematik.

Memberi latihan yang berterusan dan mencukupi kepada semua anggota TH bagi meningkatkan kesedaran dan kompetensi daripada aspek kesihatan dan keselamatan.

Memastikan semua anggota TH memberikan perhatian bagi keselamatan dirinya serta orang lain yang mungkin terjejas akibat tindakan mereka semasa berkerja.

Mengenalpasti dan menilai tindakan yang perlu diambil dengan segera ke atas kemalangan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku dan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab.