Happy family

Menyimpan di Tabung Haji

Menyimpan di TH membantu anda memulakan persediaan haji secara sistematik dan terancang. Diurus secara patuh syariah, simpanan anda dibina untuk merancang perjalanan anda menuju istito’ah dengan lebih mudah, yakin dan lancar.

Tambah Simpanan

  • Tiada had jumlah simpanan dikenakan
  • Simpanan boleh dibuat menggunakan wang tunai, cek, pindahan dana atau kaedah-kaedah berikut:
    • Kaunter TH
    • Perbankan elektronik dan internet
    • Kaunter perkhidmatan rakan strategik
    • Ejen kutipan

Saluran Transaksi Simpanan

TH menyediakan pelbagai saluran untuk pendeposit melakukan transaksi TH mengikut kemudahan pendeposit

Kaunter TH

Pendeposit boleh melakukan transaksi simpanan dan mendapatkan khidmat bantuan melalui kaunter TH atau saluran yang beroperasi di lokasi terpilih. Saluran ini membolehkan urusan dibuat secara terus dan teratur dengan sokongan pegawai TH.

Kaunter TH berdekatan anda

Rakan Strategik TH

Selain cawangan TH, transaksi simpanan juga boleh dilakukan melalui Rakan Strategik TH. Saluran ini menawarkan kemudahan tambahan bagi pendeposit untuk mengurus simpanan secara selamat dan patuh syariah.

Ketahui tentang Rakan Strategik

Ejen Kutipan Simpanan TH

Pendeposit boleh melakukan transaksi TH melalui Ejen Kutipan Simpanan yang telah dilantik seperti berikut

Potongan Gaji dan Direct Debit

Tambah Simpanan anda melalui Potongan Gaji dan Direct Debit.

Potongan Gaji

Kemudahan Potongan Gaji membolehkan pendeposit membuat simpanan TH secara konsisten melalui potongan terus daripada gaji bulanan. Melalui kemudahan ini, jumlah simpanan yang ditetapkan akan dipotong secara automatik oleh majikan dan dikreditkan ke akaun TH pendeposit. Kaedah ini membantu pendeposit mengamalkan disiplin menyimpan secara berkala serta merancang simpanan dengan lebih sistematik bagi mencapai matlamat kewangan dan istito’ah.

Direct Debit

Kemudahan Direct Debit di THiJARI membolehkan pendeposit membuat simpanan secara automatik daripada akaun bank ke akaun TH. Pendeposit boleh menetapkan jumlah simpanan dan kekerapan pemindahan mengikut keperluan masing-masing. Kemudahan ini memberikan fleksibiliti kepada pendeposit untuk menambah simpanan secara berkala dengan lebih mudah dan terancang.

JomPAY

JomPAY adalah salah satu usaha TH ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan para pendeposit. Melalui JomPAY, para pendeposit boleh membuat urusan pemindahan dana secara dalam talian ke dalam akaun simpanan TH pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Soalan Lazim

Soalan lazim mengenai JomPAY, sila baca.

image