Ringkasan

Falsafah Pelaburan

TH bertanggungjawab dalam mengurus dan melindungi dana pendeposit serta menjana pulangan mampan melalui pelaburan berlandaskan prinsip syariah dan pengurusan risiko yang berhemah.

Perlindungan

Melindungi modal pendeposit adalah keutamaan

Pertumbuhan

Menjana pulangan jangka panjang yang mampan untuk para pendeposit

Perlindungan

Melindungi modal pendeposit adalah keutamaan

Pendekatan Pengurusan Risiko

TH mengamalkan pendekatan peleburan yang berhemat bagi melindungi modal pendeposit sambil menjana pulangan mampan untuk jangka panjang. Melalui pengurusan risiko yang berdisiplin dan kepelbagaian portfolio, TH terus memperkukuhkan daya tahan kewangan bagi memenuhi obligasi semasa dan masa hadapan.

Pengurusan Aset dan Liabiliti

  • Jumlah aset mesti sentiasa melebihi jumlah liabiliti
  • Perlindungan modal adalah objektif utama
  • Pengutamaan aset dengan asas yang kukuh dan aliran tunai yang mampan

Pematuhan Syariah

  • Semua aktiviti pelaburan adalah patuh syariah
  • Jawatankuasa Penasihat Syariah TH (TH SAC) ialah pihak berkuasa utama untuk rujukan syariah
  • Keputusan TH SAC menjadi rujukan utama sekiranya timbul sebarang perbezaan pandangan berkasta syariah
image

TH komited mengurus dana pendeposit secara berhemat, patuh syariah dan mampan demi menjaga kepentingan pendeposit untuk jangka panjang.