e-Whistleblowing

Dasar Pendedahan Maklumat Tentang Salah Laku di Tempat Kerja (Whistleblowing Policy ) TH

TH telah mewujudkan Dasar Pendedahan Maklumat Tentang Salah Laku di Tempat Kerja ("Whistleblowing Policy ") bagi memudahkan Anggota TH atau orang awam melaporkan pelanggaran tatakelakuan dan/atau integriti, secara berstruktur dan dengan jaminan bahawa identiti Pemberi Maklumat dilindungi dan dirahsiakan.

Saluran Pendedahan

TH komited melindungi kerahsiaan pendedahan serta mengamalkan dasar sifar toleransi terhadap sebarang tindak balas tidak wajar yang memudaratkan Pemberi Maklumat. Sebarang pendedahan boleh dibuat melalui saluran berikut;-

1

e-Whistleblowing

Boleh dicapai melalui laman web rasmi TH.

Terus ke e-whistleblowing

2

Bertulis atau lisan

LEMBAGA TABUNG HAJI

Bahagian Integriti dan Tadbir Urus

L 15, Menara TH Tun Razak
201, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur (u.p. : Ketua Pegawai Integriti TH dan/atau Pegawai Pengawasan dan Siasatan TH)

Apakah perkara yang hendak didedahkan

Sesuatu pendedahan boleh dibuat jika ada kaitan dengan salah satu atau lebih daripada satu salah laku berikut yang dilakukan oleh mana-mana orang semasa menjalankan perniagaan atau urusan TH.

1

Rasuah atau penipuan

2

Kesalahan jenayah

3

Penyalahgunaan dana atau aset TH

4

Penyelewengan kewangan atau pelanggaran peraturan kewangan yang serius dalam TH

5

Pelanggaran serius Kaedah-kaedah Am Lembaga Tabung Haji 1983, Surat-surat Pekeliling serta terma syarat lain bagi perkhidmatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk Anggota dan Ahli Lembaga TH

6

Sesuatu tindakan atau pengabaian yang menimbulkan bahaya yang cukup besar dan khusus terhadap nyawa, kesihatan atau keselamatan Anggota TH atau orang ramai atau alam sekitar

7

Kegagalan mematuhi peruntukan Akta Tabung Haji 1995

8

Kegagalan mematuhi peruntukan Akta Parlimen yang lain sekiranya pesalah laku dengan sengaja tidak mengendahkan atau tidak mematuhi peruntukan tersebut

9

Dengan sengaja mengarahkan atau menasihati seseorang supaya melakukan mana-mana satu daripada Salah Laku yang tersebut di atas

Perlindungan Pemberi Maklumat

Pemberi Maklumat akan diberi perlindungan di bawah Dasar ini.

1

Pemberi Maklumat akan dilindungi daripada tindakan balas dalam TH yang berpunca secara langsung daripada pendedahan yang dilakukannya

2

Identiti dan maklumat peribadi Pemberi Maklumat akan dilindungi dan diklasifikasikan sebagai ‘Rahsia’

Perlindungan Pemberi Maklumat terbatal sekiranya

Mana-mana Anggota TH, Penyedia Perkhidmatan atau orang awam yang membuat pendedahan atau didapati telah membuat pendedahan secara tidak jujur dan tanpa berasaskan sebab munasabah akan kehilangan perlindungan yang tersebut di atas secara automatik (sekiranya berkenaan).

Makluman Hasil Pendedahan

Pemberi Maklumat akan diberitahu tentang status pendedahannya mengikut keperluan "Need to know basis".