Pembukaan Akaun

Iringi niat dengan usaha.

Sedikit demi sedikit untuk menunaikan Rukun Islam kelima.

Ibadat haji memerlukan pelbagai persediaan dan perancangan yang rapi. Mulakan langkah pertama dengan menyimpan di TH hari ini.


Konsep Wakalah

Simpanan di TH adalah berdasarkan konsep Wakalah bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya. Ia adalah patuh syariah serta dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

Menerusi kontrak ini, TH adalah wakil untuk menguruskan dana pendeposit bagi tujuan aktiviti pelaburan dan operasi haji di mana keuntungan yang dijana pada setiap tahun akan diagihkan kepada pendeposit berdasarkan prestasi kewangan TH.

Kelebihan Menyimpan di TH

1

Simpanan dan pelaburan patuh syariah.

2

Simpanan dijamin 100% oleh kerajaan.

3

Tiada had jumlah simpanan.

4

Agihan keuntungan dikecualikan cukai pendapatan.

5

Ditunaikan kewajipan zakat.

Jenis Akaun TH

Akaun Dewasa

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mengemukakan dokumen pengenalan (MyKad) yang sah ketika pendaftaran

Akaun Kanak-Kanak

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur di bawah 18 tahun  
  • Ibu bapa atau penjaga mestilah warganegara Malaysia dan telah membuka akaun TH
  • Hanya seorang penjaga dibenarkan untuk setiap akaun kanak-kanak
  • Penjaga mesti mengemukakan dokumen yang sah dan salinan
    • Sijil kelahiran
    • Dokumen pengenalan anak (MyKAD or MyKID)
    • Dokumen pengenalan penjaga
Woman using phone

Muat Turun Aplikasi THiJARI

di peranti pilihan anda

Download on App StoreGet it on Google Play

Saluran Pembukaan Akaun

Soalan Lazim

Soalan lazim tentang simpanan, sila baca di sini