Privasi Notis

Notis Privasi ini menggariskan cara Lembaga Tabung Haji (“TH”) mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menyusun, mengubah, menzahirkan, menggunakan dan memusnahkan Data Peribadi anda (kemudian ini dirujuk sebagai “memproses”).

“TH” atau “kami” dalam notis ini merujuk kepada TH dan gabungannya (termasuk tetapi tidak terhad kepada anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu dan gabungan serta perbadanan berkaitannya).

Notis Privasi ini disediakan dalam versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Jika terdapat apa-apa ketidak-konsistenan antara kedua-dua versi ini, versi bahasa Melayu akan digunakan.


1. Apakah Data Peribadi?

“Data Peribadi” merujuk kepada apa-apa maklumat berkenaan dengan transaksi komersial yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan individu, yang dikenal pasti atau dapat dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain yang dimiliki oleh TH, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan pendapat yang dinyatakan tentang individu tersebut.

“Data Peribadi Sensitif” merujuk sebagai maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seseorang individu, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya dan kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan olehnya, data biometrik atau apa-apa data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perlindungan data peribadi melalui perintah yang disiarkan dalam warta.

2. Pemberitahuan dan Persetujuan

Notis Privasi ini bertujuan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh kami atau bagi pihak kami dan anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda selaras dengan Notis Privasi ini.

Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan data peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda untuk membenarkan TH memproses data peribadi anda. Walau bagaimanapun, kegagalan memberikan data peribadi tersebut atau tindakan anda menarik balik persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda mungkin mengakibatkan TH tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda.

3. Apakah jenis data peribadi yang kami kumpul?

Jenis data peribadi yang kami mungkin kumpul termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama, alamat perhubungan, umur, jantina, agama, pekerjaan, status perkahwinan, maklumat kewangan, Kad Pengenalan Malaysia, nombor pasport atau nombor pengenalan peribadi lain, tempat lahir, gambar, imej dan rakaman CCTV, maklumat keluarga, maklumat hubungan kecemasan, keadaan dan maklumat kesihatan, rekod perubatan, data biometrik, sejarah urusan transaksi, Data Peribadi lain yang dikemukakan atau disediakan oleh anda kepada kami dari semasa ke semasa dan semua Data Peribadi lain yang kami sekali lagi kumpul daripada anda pada mana-mana kesempatan berikutnya.

Data peribadi yang kami kumpul boleh dikategorikan sebagai sama ada wajib diberikan atau diberikan secara sukarela. Data peribadi yang wajib diberikan ialah data peribadi yang kami perlukan supaya kami dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi yang wajib diberikan, kami tidak akan dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda.

Data peribadi yang diberikan secara sukarela ialah data peribadi yang tidak wajib diberikan bagi membolehkan kami menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, anda masih boleh melanggan produk dan perkhidmatan kami.

4. Bagaimanakah kami mengumpul data peribadi anda?

Kami memperoleh data peribadi anda dengan pelbagai cara, seperti:

  • Apabila anda melanggan atau menggunakan salah satu daripada perkhidmatan yang kami sediakan, termasuk perkhidmatan yang disediakan kepada jemaah Haji dan perkhidmatan yang berkaitan dengan pemudahan urusan ibadah Haji.
  • Apabila anda log masuk ke atau menggunakan Platform kami atau melalui kuki.
  • Daripada anda secara langsung apabila anda mengemukakan data peribadi anda kepada kami untuk mana-mana tujuan.
  • Apabila anda menghubungi TH menerusi pelbagai kaedah seperti borang permohonan, e-mel dan surat, panggilan telefon serta perbualan anda dengan pusat panggilan kami. Jika anda menghubungi kami atau kami menghubungi anda melalui telefon, kami mungkin memantau atau merekodkan panggilan telefon tersebut untuk tujuan jaminan kualiti, latihan dan keselamatan.
  • Daripada analisa yang kami lakukan terhadap transaksi anda.
  • Apabila anda menyertai kaji selidik pelanggan atau apabila anda mendaftar diri untuk mana-mana peraduan, promosi, program dan aktiviti lain yang dianjurkan atau ditaja oleh, atau bagi pihak kami (“Acara”).
  • Apabila kami memperolehi apa-apa data dan maklumat daripada pihak yang diberi kuasa (contohnya, agensi kawal selia, dan penguatkuasaan yang dibenarkan).
  • Apabila kami memperolehi apa-apa data dan maklumat dari pihak ketiga
  • Apabila anda memeterai sebarang transaksi komersial dengan TH, termasuk tetapi tidak terhad, bagi menyediakan barangan dan/atau perkhidmatan atau perkhidmatan profesional anda.
  • Laman sesawang dan media sosial TH yang lain.
  • Daripada borang yang dikemukakan/dihantar atau diisi oleh anda atau bagi pihak anda kepada kami.
  • Daripada rakaman CCTV.
  • Daripada sumber-sumber umum.
  • Daripada semua maklumat lain yang anda mungkin berikan kepada kami dari semasa ke semasa.

5. Apakah tujuan pemprosesan data peribadi anda?

Kami mungkin memproses data peribadi anda untuk sebab berikut:

  • Menilai permohonan anda untuk mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kami, termasuk yang berkaitan dengan ibadah Haji.
  • Melaksanakan aktiviti pra-kontrak dan obligasi kontrak kami dengan anda, termasuk merancang ibadah Haji pada masa hadapan berserta tempahan perjalanan dan penerbangan yang berkaitan serta untuk penerusan obligasi kontrak tersebut.
  • Memastikan anda melaksanakan obligasi pra-kontrak dan obligasi kontrak anda kepada kami.
  • Mengesahkan dan melakukan transaksi kewangan berkaitan dengan pembayaran yang dibuat oleh atau kepada anda dan mentadbir dan memproses apa-apa bayaran berkaitan dengan produk, perkhidmatan dan/atau kemudahan yang diminta oleh anda atau disediakan untuk anda.
  • Membenarkan anda mendaftar dan mengakses mana-mana platform, aplikasi atau laman web yang dimiliki, dikendalikan, dilanggan atau diuruskan oleh kami atau bagi pihak kami (“Platform”).
  • Memberikan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda, termasuk melalui Platform kami dan/atau mana-mana platform dalam talian atau laman web yang dimiliki, dikendalikan atau diuruskan oleh perbadanan berkaitan dan rakan kongsi perniagaan kami, seperti yang berkaitan dengan pemudahan urusan ibadah Haji, tempahan penerbangan dan perkhidmatan perancangan perjalanan.
  • Mengurus dan menyelenggara akaun anda.
  • Menilai keperluan kewangan anda dan meneruskan pelaksanaan obligasi kontrak yang diikat antara TH dengan diri anda.
  • Berkomunikasi dengan anda, menjawab pertanyaan dan/atau aduan anda serta menyelesaikan sebarang isu/pertikaian.
  • Menganjurkan, menyertai, mengurus dan/atau melaksanakan tugas kami berkaitan dengan Acara kami.
  • Mengiklankan dan memberi anda maklumat (seperti Acara atau tawaran) yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan perbadanan berkaitan kami dan rakan kongsi perniagaan kami, termasuk tanpa had menghantar kepada anda surat berita elektronik dan bahan pemasaran promosi mengenai pakej ibadah Haji, perjalanan dan penerbangan yang ditawarkan.
  • Fungsi dalaman seperti menilai keberkesanan pemasaran, penyelidikan/tinjauan pasaran,analis trend, analis statistik, pemodelan, pelaporan, audit, pengurusan risiko, mencegah penipuan dan analisis data untuk menambah baik perkhidmatan kami dan untuk tujuan membantu kami dalam sebarang urusan pada masa hadapan dengan.
  • Menguatkuasakan hak kami dan mendapatkan nasihat profesional, termasuk tanpa had berkaitan dengan penguatkuasaan hak kontrak dan undang-undang kami serta pengurusan dan penyelesaian apa-apa pertikaian atau tuntutan.
  • Tujuan pentadbiran dan pengurusan dalaman, termasuk tanpa had untuk tujuan yang berkaitan dengan penyimpanan dan pengurusan.
  • Operasi, pengurusan, penambahbaikan dan/atau penyelenggaraan sistem kami.
  • Memberikan anda akses kepada mana-mana premis/kemudahan yang berkaitan, termasuk tanpa had premis/kemudahan yang dimiliki, dikendalikan atau diuruskan oleh kami atau bagi pihak kami (“Premis Kami”).
  • Menerbitkan gambar dan rakaman video anda, yang ditangkap semasa penyertaan anda dalam mana-mana Acara kami atau di Premis Kami.
  • Melindungi keselamatan dan kesejahteraan anda dan pelanggan kami yang lain.
  • Mencegah atau menyiasat sebarang aktiviti penipuan, haram atau jenayah.
  • Mematuhi apa-apa kehendak undang-undang atau kawal selia dan/atau arahan dan permintaan daripada pegawai penguatkuasa undang-undang atau badan kerajaan dan pihak berkuasa pengawalseliaan.
  • Apa-apa tujuan lain yang dibenarkan oleh anda atau berhubungan secara langsung atau bersampingan dengan perkara yang dinyatakan di atas.

(secara kolektif, “Tujuan”).

6. Kepada siapakah kami menzahirkan data peribadi anda?

Kami mungkin menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga seperti berikut (yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia) sebagaimana yang difikirkan patut oleh TH:

Entiti lain dalam TH iaitu perbadanan berkaitan, anak-anak syarikat dan syarikat bersekutu TH.

  • Ejen, kontraktor dan pembekal perkhidmatan kami yang diberi kuasa yang dengannya kami telah mengikat perjanjian kontrak untuk beberapa fungsi, perkhidmatan dan aktiviti kami termasuk tanpa had pembekal perkhidmatan pusat data, pembekal perkhidmatan kemudahan penyimpanan dan pengurusan rekod, pembekal perkhidmatan awan, serta pembekal perkhidmatan telekomunikasi dan teknologi maklumat kami.
  • Pembekal perkhidmatan dan vendor kami yang terlibat dalam pentadbiran dan pemudahan urusan ibadah Haji dan/atau pengaturan berkaitan perjalanan, termasuk tanpa had syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, pembekal penginapan, pembekal pengangkutan dan pembekal logistik.
  • Rakan kongsi strategik dan penasihat/konsultan kami.
  • Ahli keluarga anda dan/atau orang hubungan kecemasan anda sebagaimana yang mungkin dimaklumkan kepada kami dari semasa ke semasa.
  • Penasihat kewangan dan profesional kami termasuk tetapi tidak terhad kepada juruaudit, akauntan dan peguam (berdasarkan keperluan untuk mengetahui).
  • Bank and syarikat insurans.
  • Agensi penguatkuasaan, kawal selia dan jabatan dan/atau agensi kerajaan (termasuk tanpa had jabatan dan/atau agensi separa dan kuasi kerajaan) dan/atau badan berkanun, seperti yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang, dibenarkan oleh mana-mana perintah mahkamah atau untuk memenuhi obligasi kepada pihak berkuasa kawal selia.
  • Mana-mana pihak ketiga yang dibenarkan oleh anda atau sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.
  • Pihak ketiga lain untuk mana-mana Tujuan tersebut.

Penzahiran data peribadi anda mungkin melibatkan pemindahan data peribadi anda ke tempat di luar Malaysia, dan dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda dengan ini bersetuju dengan pemindahan tersebut.

Anda mungkin menerima makluman pemasaran daripada pihak kami atau entiti lain tentang produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Jika anda berhasrat untuk tidak mahu menerima makluman pemasaran ini, sila maklumkan kepada pihak kami untuk menarik balik persetujuan anda menggunakan maklumat hubungan yang diberikan di bawah.. Sila ambil perhatian bahawa anda mungkin masih menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi dalam tempoh sebelum penarikan balik persetujuan anda ditunjukkan dalam sistem kami.

Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda memilih untuk tidak lagi menerima bahan pemasaran atau promosi, TH mungkin masih menghubungi anda bagi mana-mana Tujuan.

Jika anda telah mengemukakan data peribadi pihak ketiga kepada TH, sila pastikan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada pihak ketiga yang berkenaan untuk pemprosesan data peribadinya dan Notis Privasi ini telah dikemukakan kepadanya terlebih dahulu untuk perhatian pihak ketiga tersebut sebelum data peribadinya diberikan kepada kami.

Apabila orang lain memberikan/mengemukakan sebarang data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju bahawa anda telah membenarkan penzahiran data peribadi anda kepada kami dan telah memberikan persetujuan terhadap pemprosesan data peribadi anda oleh kami selaras dengan Notis Privasi ini.

7. Perubahan pada Notis Privasi ini

Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengemas kini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Jika terdapat perubahan ketara pada Notis Privasi ini, kami akan memberitahu anda dengan memaparkan notis tentang perubahan tersebut melalui media cetak, elektronik atau cara-cara lain yang sesuai dalam jangkamasa yang difikirkan sesuai oleh kami. Dengan terus menggunakan perkhidmatan kami dan/atau mengakses laman web ini, atau membekal kami dengan perkhidmatan anda, selepas dimaklumkan mengenai apa-apa pindaan kepada Notis Privasi ini, anda akan dianggap telah bersetuju dengan pindaan tersebut. Semak semula Notis Privasi ini dari semasa ke semasa supaya anda sentiasa maklum tentang cara kami melindungi maklumat anda.

8. Bagaimanakah anda boleh mengakses/membetulkan/mengemas kini data peribadi anda?

Kami komited untuk memastikan data peribadi anda yang kami pegang adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika terdapat apa-apa perubahan pada data peribadi anda atau jika anda percaya bahawa data peribadi anda yang kami pegang adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan yang terkini, sila hubungi kami supaya kami boleh mengambil langkah untuk mengemas kini data peribadi anda.

Anda mempunyai hak untuk meminta akses dan meminta pembetulan data peribadi anda tertakluk kepada perkara berikut dan tertakluk kepada peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 :

  • anda boleh membuat permintaan akses data atau permintaan pembetulan data secara bertulis kepada kami; dan
  • kami boleh enggan mematuhi permintaan akses data atau permintaan pembetulan data anda dan hendaklah, melalui notis bertulis, memaklumkan anda mengenai keengganan kami dan sebab-sebab keengganan kami.

9. Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami?

Jika anda perlu menghubungi kami, anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan kami atau menelefon Pegawai Perlindungan Data kami:

  • Ketua Bahagian Pematuhan – 03- 3868 0803;
  • Ketua Seksyen, Pematuhan Regulatori – 03-3868 0826; atau
  • E-mel: th.dpo@lth.gov.my.

Klik disini untuk memuat turun Notis Privasi TH dalam format PDF.