Satu aplikasi,
Semuanya di hujung jari

THiJARI memudahkan setiap langkah menuju Tanah Suci -

dari pengurusan Haji hingga urusan kewangan, semuanya dihimpunkan dalam satu platform yang moden dan mesra pengguna.

#menujuistitoah

Company logo

Nikmati Kemudahan THiJARI di Hujung Jari

Rangkaian perkhidmatan di aplikasi mudah alih THiJARI sama seperti semua yang tersedia di laman sesawang, kecuali menu “Profil Saya”, “Akaun Kegemaran”, dan “Penerimaan Tawaran Haji”, yang merangkumi

Transaksi Simpanan dan Pengeluaran+

Pendeposit TH boleh melakukan perkara berikut

  • Semak ringkasan, butiran akaun, rekod transaksi dan baki akaun, serta pindahan simpanan
  • Pindahkan simpanan dari akaun bank ke akaun TH melalui platform FPX
  • Daftar, urus dan batal Debit Terus dari akaun bank ke akaun TH melalui platform eMandate Direct Debit
  • Kemas kini profil
  • Muat turun dan cetak penyata akaun, serta tetapkan akaun kegemaran
  • Tetapkan potongan gaji bulanan untuk diagihkan kepada pendeposit atau ahli keluarga dengan akaun TH aktif
  • Pindahkan dana dari akaun TH ke akaun bank sendiri melalui Permohonan Pemindahan eTelegrafik
Pembukaan Akaun Baharu (VAO)+

Bakal pendeposit TH boleh membuka akaun TH baharu untuk dewasa dan kanak-kanak. Proses pembukaan akaun kini lebih mudah.

Perkhidmatan Haji+

Bagi melancarkan urusan Haji, pendeposit TH boleh

  • Semak status pendaftaran Haji dan muat turun slip pendaftaran.
  • Akses tawaran Haji, surat tawaran, semakan status serta memberi maklum balas tawaran melalui THiJARI.
  • Semak dan muat turun jadual penerbangan pergi dan balik.
  • Semak lokasi dan tarikh Kursus Asas Haji serta muat turun nota kursus.
  • Hantar Rayuan Haji bagi memudahkan proses rayuan.
  • Lakukan bayaran Dam & Qurban.
  • Tunaikan Sedekah.
Penamaan/Pusaka/Hibah Amanah+

Pendeposit TH boleh menyemak status Penamaan atau Hibah Amanah bagi akaun sendiri dan anak-anak bawah jagaan, serta membuat Permohonan Tuntutan Hibah Amanah dan Permohonan Tuntutan Pusaka.

Kelab TaHa +

Perolehi nombor keahlian baharu Kelab TaHa menerusi menu e-Kad Keahlian, manakala tawaran eksklusif untuk ahli Kelab TaHa boleh disemak pada menu Rakan Kelab TaHa

e-Forms+

Pendeposit TH boleh melengkapkan Borang JP di Landing Page THiJARI bagi memudahkan urusan di kaunter TH. Terdapat sembilan (9) borang disediakan, iaitu

  • JP005 – Borang Permohonan Pengeluaran Pusaka
  • JP006 – Borang Akuan Waris Pengeluaran Pusaka
  • JP008 – Borang Pe tukaran Hak Penjagaan
  • JP011 – Borang Permohonan Penutupan Akaun
  • JP025 – Borang Jaminan Ganti Rugi
  • JP028 – Borang Kebenaran Wakil Permohonan Penyata Mini
  • JP030 – Borang Kebenaran W akil Pendeposit Uzur Luar Premis (Dalam Kenderaan)
  • JP037 – Borang Persetujuan Penjaga Pertukaran Akaun Kanak-Kanak Ke Dewasa
  • Borang Penamaan & Borang Pengesahan Perhubungan Waris
Woman using phone

Cara Muat Turun Aplikasi THiJARI

Imbas kod QR dengan peranti mudah alih anda atau klik pada platform masing-masing.

Download on App StoreGet it on Google Play

Panduan Daftar THiJARI

Pendeposit perlu memastikan semua maklumat peribadi, termasuk nombor telefon bimbit telah dikemaskini di kaunter TH. Kod Pengesahan Transaksi (TAC) akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Pendeposit hendaklah memastikan nombor telefon adalah tepat bagi mengelakkan masalah pendaftaran masuk ke sistem THiJARI.

Soalan Lazim

Soalan Lazim Berkaitan THiJARI, sila baca di sini.