Kelab TaHa

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Menyedari hakikat ini, Kelab TaHa membantu memupuk kesedaran menyimpan di kalangan pendeposit muda.

Company logo

Kelab TaHa ditubuhkan pada 10 April 2008 sebagai inisiatif Tabung Haji (TH) untuk menggalakkan dan memupuk amalan menabung dalam kalangan pendeposit muda. Kelab TaHa menjadi wadah utama TH untuk berinteraksi dengan pendeposit muda supaya menyimpan di TH secara berperingkat sebagai persediaan menunaikan ibadat haji.

Profil Kelab TaHa

Pada 13 Mac 2021, Kelab TaHa telah dijenamakan semula untuk memberi nafas baru dan kekal relevan dalam kalangan pendeposit muda TH. Selaras dengan ledakan Revolusi Industri 4.0 dalam era digital ini, Kelab TaHa perlu seiring dengan perkembangan teknologi generasi muda ketika ini. Kelab TaHa hadir dengan ciri baru dan aktiviti yang lebih menarik dan bermanfaat. Kelab TaHa revolusi baru ini mengetengahkan

Logo baru yang lebih dinamik

Kelab TaHa telah memperkenalkan logo baru yang melambangkan generasi muda yang dinamik serta kreatif dalam membentuk peribadi profesional mukmin. Logo ini adalah hasil ciptaan pendeposit TH iaitu Muhamad Azid Abdul Latiff melalui pertandingan yang dijalankan.

Tiada pendaftaran keahlian

Keahlian diberikan secara automatik kepada semua pendeposit berumur 17 tahun dan ke bawah.

Aktiviti yang lebih fokus

Manfaat dan aktiviti yang dijalankan lebih fokus dan spesifik berdasarkan umur ahli. Segmen keahlian adalah :

  • TaHa Manja (6 tahun ke bawah)
  • TaHa Cilik (7 tahun hingga 12 tahun)
  • TaHa Bestari (13 tahun hingga 17 tahun)
  • TaHa@U (18 tahun hingga 25 tahun)

Rakan Kelab TaHa

Dapatkan pelbagai kelebihan seperti diskaun atau cashback bersama rakan - rakan Kelab Taha.

Aktiviti dan Program Kelab TaHa

Menerusi Kelab TaHa, TH berusaha untuk memberi pendedahan para pelajar di sekolah-sekolah tentang pentingnya menabung pada usia muda. TH sentiasa menjalin hubungan erat dengan sekolah-sekolah bagi memudahkan para pelajar membuka akaun dan seterusnya menjadi ahli Kelab TaHa.

Aktiviti Yang Telah Berlangsung


Soalan Lazim

Soalan lazim berkaitan Kelab TaHa & TaHa@U, sila baca di sini.