Happy family

Pengurusan Operasi Haji

Urusan dipermudah. Perjalanan diperkasa. Ibadat diutamakan.

Tabung Haji mengurus perjalanan haji berlandaskan prinsip istito’ah, merangkumi kesiapsiagaan kewangan, fizikal dan mental jemaah haji. Melalui sistem pengurusan bersepadu dan diperkasa teknologi digital, setiap urusan dilaksanakan secara cekap, telus dan tersusun dari perancangan awal hingga kepulangan jemaah haji ke tanah air.

Kuota Haji

Penetapan kuota haji adalah berdasarkan peruntukan 0.1% daripada jumlah penduduk Islam sesebuah negara, selaras dengan ketetapan OIC (1988). Bagi musim haji 1447H/2026M, Malaysia diperuntukkan 31,600 kuota yang diurus secara sistematik dan berhemah.


Stesen Berlepas

image

image