Pelaburan Kami

Perlindungan • Pertumbuhan • Pemampanan

TH membina portfolio pelaburan strategik yang merentasi pelaburan pasaran awam dan swasta berasaskan prinsip syariah bagi menjana pertubuhan mampan, melindungi modal dan memelihara simpanan pendeposit.


Pasaran Awam

Pelaburan pasaran awam merupakan teras utama dalam strategi pelaburan TH bagi menyediakan kecairan, kestabilan dan pertumbuhan jangka panjang melalui portfolio yang pelbagai merentasi pasaran domestik dan antarabangsa.

TH turut bekerjasama dengan Pengurus Dana Luaran (EFM) terpilih bagi melengkapkan kepakaran pelaburan dan memperkukuh strategi portfolio.

Ekuiti Domestik

Pelaburan dalam syarikat-syarikat terkemuka di Malaysia yang menawarkan peningkatan modal dan hasil dividen.

Ekuiti Antarabangsa

Pendedahan kepada pasaran global merentasi ekonomi berdaya maju dan membangun untuk kepelbagaian yang lebih luas.

Pendapatan Tetap

Pelaburan sukuk menyediakan pendapatan yang stabil dan pemeliharaan modal merentasi kitaran pasaran.

Pasaran Wang

Instrumen pasaran wang menyediakan kecairan dan pulangan yang stabil.


Pasaran Swasta

Pelaburan pasaran swasta memainkan peranan strategik dalam portfolio TH dengan membolehkan penciptaan nilai jangka panjang melalui kepelbagaian dalam hartanah dan ekuiti swasta.

Pelaburan ini dilaksanakan melalui gabungan pelaburan langsung dan perkongsian dengan dana pelaburan khusus.

Hartanah

Pelaburan hartanah komersial dan strategik bagi menjanai pendapatan yang stabil dan peningkatan modal jangka panjang.

Ekuiti Swasta

Memfokuskan kepada syarikat kukuh dan berdaya maju yang mempunyai struktur perniagaan patuh syariah dan aktif dalam penciptaan nilai.

Sorotan Pelaburan

TH memberi tumpuan kepada sektor-sektor strategik yang mempunyai asas kukuh dan potensi pertumbuhan mampan.

image

Saham Awam

image

image

image

Saham Swasta

image

image

image