Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan institusi Islam yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyediakan perkhidmatan haji secara komprehensif dan sistematik demi kebajikan Jemaah Haji Malaysia.
Simpanan pendeposit TH dilaburkan dalam pelbagai aktiviti pelaburan dan instrumen patuh syariah bagi menjana pulangan yang kompetitif sebagai pulangan kepada pendeposit.
Sebagai Institusi Islam yang disegani, TH tertakluk kepada pengawasan rangka kerja yang berlandaskan kepada Maqasid Syariah, Integriti dan Kepatuhan Syariah.
Visi kami adalah untuk menyediakan pengurusan haji yang terbilang dan mengekalkan rekod yang konsisten sebagai model pengurusan haji yang inovatif yang mendapat pengiktirafan serata dunia.
Tabung Haji adalah sebuah Institusi Islam unik di dunia yang mencari individu berbakat untuk menyertai pasukan kami. Sertai kami dan bina pengalaman ke arah menjadi seorang mukmin professional.