Soalan Lazim Kelab TaHa


Umum

Bagaimana ingin menjadi ahli Kelab TaHa?

+

Semua pendeposit yang berumur 17 tahun ke bawah layak menjadi ahli Kelab TaHa secara automatik.

Apakah syarat-syarat kelayakan untuk menjadi ahli Kelab TaHa?

+

Semua pendeposit yang berumur 17 tahun ke bawah layak menjadi ahli Kelab TaHa secara automatik.

Adakah terdapat yuran pendaftaran atau tahunan sebagai ahli Kelab TaHa?

+

Tiada.

Keahlian

Berapa lama tempoh sah keahlian yang diberikan?

+

Tempoh sah keahlian Kelab TaHa akan ditamatkan secara automatik apabila mencecah umur 18 tahun.

Adakah saya perlu memperbaharui keahlian saya setiap tahun?

+

Tidak perlu, keahlian sah sehingga tamat tempoh.

Apakah status saya sekiranya saya telah menjadi ahli Kelab TaHa sebelum ini?

+

Keahlian Kelab TaHa masih lagi aktif dengan nombor keahlian yang baru.

Bagaimana ingin tahu nombor keahlian saya?

+

Nombor keahlian boleh didapati melalui aplikasi mudah alih THiJARI milik ibu bapa/penjaga.

Di mana saya boleh semak nombor keahlian selain di THiJARI?

+

Bagi ibu bapa/penjaga yang tidak mempunyai atau belum mendaftar sebagai pengguna THiJARI boleh mendapatkan nombor keahlian di kaunter TH atau menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919.

Apakah kegunaan nombor keahlian ini?

+

Nombor keahlian ini penting bagi ahli untuk menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan TH dan juga menikmati tawaran yang diberikan Rakan Kelab TaHa.

Kelebihan

Apakah kelebihan menjadi ahli Kelab TaHa?

+

Antara kelebihan menjadi ahli Kelab TaHa adalah:

  1. Mendapat tawaran istimewa daripada Rakan Kelab TaHa.
  2. Menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan.
  3. Menyertai pertandingan dan peraduan secara dalam talian.
  4. Layak menyertai Kempen Simpan, Daftar & Menang Kelab TaHa dan berpeluang memenangi jumlah hadiah yang ditawarkan sehingga RM100,000.00.
  5. Berpeluang mendapat cenderahati atau merchandise eksklusif Kelab TaHa dan Rakan Kelab TaHa.
    (Tertakluk terma & syarat)

Rakan Kelab TaHa

Bagaimana saya ingin tahu senarai Rakan Kelab TaHa yang terkini?

+

Senarai Rakan Kelab TaHa boleh dilihat di menu Rakan Kelab TaHa – Direktori & Lokasi dalam aplikasi THiJARI dan laman web TH di pautan Kelab TaHa.

Bagaimana saya ingin mendapatkan keistimewaan yang ditawarkan Rakan Kelab TaHa?

+

Ahli dapat menikmati keistimewaan yang ditawarkan dengan memaparkan E-kad di THiJARI semasa membuat pembayaran atau memasukkan nombor keahlian sebagai promo code bagi pembelian dalam talian.

Program, aktiviti & pertandingan

Bagaimana saya ingin tahu tentang program, aktiviti dan pertandingan yang dijalankan Kelab TaHa?

+

Semua program,aktiviti dan pertandingan berkenaan Kelab TaHa akan dihebahkan melalui laman web di pautan www.tabunghaji.gov.my dan media sosial rasmi TH.

Bagaimana cara-cara untuk menyertai program, aktiviti dan pertandingan Kelab TaHa?

+

Penyertaan terbuka kepada semua ahli berdasarkan kepada aktiviti dan pertandingan mengikut syarat yang ditetapkan.

Lain-lain

Adakah akaun baru juga dapat menjadi ahli Kelab TaHa?

+

Ya, pendeposit baru yang berumur 17 tahun ke bawah layak menjadi ahli Kelab TaHa secara automatik.

Berapa lama masa untuk akaun baru mendapat nombor keahlian?

+

Nombor keahlian akan dipaparkan di THiJARI penjaga/ibu bapa dalam masa satu hari bekerja (T+1).

Bagaimana jika saya menutup akaun TH?

+

Keahlian akan terbatal serta-merta jika akaun TH ditutup.

Apakah kategori umur dalam Kelab TaHa?

+

Kelab TaHa terbahagi kepada tiga kategori iaitu:

  1. TaHa Manja (0-6 tahun)
  2. TaHa Cilik (7-12 tahun)
  3. TaHa Bestari (13-17 tahun)

Bagaimana pendeposit boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Kelab TaHa?

+

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre(THCC) di talian +603-6207 1919.