Soalan Lazim THelakscam


THelakscam

Apa yang perlu saya lakukan jika saya menjadi mangsa penipuan (scam)?+

Ambil tindakan segera seperti berikut:

  1. Tukar kata laluan aplikasi THiJARI.
  2. Hubungi Tabung Haji Call Centre (THCC) di talian +603‑6207 1919 atau emel thinfo@lth.gov.my ATAU kunjungi melaporkan insiden.
  3. Hubungi Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
  4. Jika akaun bank terlibat, hubungi pusat khidmat pelanggan bank berkenaan.
  5. Buat laporan polis di balai polis terdekat dan serahkan salinan laporan kepada THCC atau Cawangan TH berhampiran.
Bagaimana saya boleh mencegah scam atau akses tidak sah ke akaun saya?+
  1. Pantau dan Semak akaun TH secara berkala.
  2. Tukar kata laluan secara berkala.
  3. Jangan kongsi maklumat akaun, kata laluan atau kod TAC dengan pihak ketiga.
  4. Kemas kini maklumat peribadi dan nombor telefon terkini.
  5. Pastikan peranti digunakan adalah selamat dan bebas dari Perisian Hasad (Malware).
  6. Hubungi THCC atau kunjungi Cawangan TH berhampiran untuk pengesahan lanjut.
Bagaimana saya boleh mengenal pasti panggilan, e-mel, atau mesej palsu?+
  1. TH tidak akan meminta kata laluan, kod
  2. TAC, atau nombor PIN melalui panggilan, e-mel, atau mesej.
  3. Jangan klik pautan mencurigakan atau memuat turun fail/aplikasi daripada sumber tidak dikenali.
  4. Pastikan sentiasa menggunakan portal, aplikasi, dan laman web rasmi TH sahaja.
Bagaimana saya boleh memastikan aplikasi THiJARI yang dimuat turun selamat?+
  1. Muat turun aplikasi THiJARI hanya melalui Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Jangan muat turun aplikasi daripada pautan luar atau fail/aplikasi yang tidak dikenali.
Apa yang perlu saya lakukan jika menerima mesej atau iklan yang menawarkan bantuan atau pekerjaan sambilan berkaitan akaun TH? +
  1. Jangan balas atau hubungi pihak tersebut.
  2. TH tidak melantik pihak ketiga untuk mengurus akaun pendeposit.
  3. Laporkan mesej atau iklan tersebut kepada THCC atau Cawangan TH berhampiran.