Soalan Lazim Rayuan Haji


Soalan Lazim Rayuan Haji

Bilakah tarikh permohonan rayuan tunai haji 1446H mula dibuka?+

Bakal haji (BH) boleh mula membuat rayuan mulai 19 Disember 2024.

Bagaimanakah cara bakal haji membuat permohonan rayuan?+

BH boleh membuat rayuan melalui aplikasi THiJARI bermula 19 Disember 2024.

Apakah syarat kelayakan untuk membuat rayuan haji bagi musim haji 1446H/2025M?+

Syarat untuk membuat rayuan haji adalah seperti berikut:

a. Pendeposit TH. b. Telah mendaftar haji dengan Tabung Haji (TH).

Adakah Bakal Haji perlu melunaskan bayaran penuh kos haji semasa membuat rayuan?+

Tiada keperluan untuk melunaskan bayaran penuh kos haji (RM33,300) semasa permohonan rayuan dibuat.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat rayuan?+

Dokumen yang diperlukan bergantung kepada jenis rayuan. BH perlu mengemukakan dokumen bagi rayuan mahram, OKU, dan muallaf. Bagi lain-lain rayuan tiada dokumen diperlukan. Sila rujuk Maklumat Garis Panduan Pengurusan Rayuan.

Adakah setiap rayuan dijamin akan diluluskan?+

Semua rayuan yang diterima akan diproses tertakluk pada kekosongan. Tawaran hanya akan dikeluarkan kepada rayuan yang berjaya terpilih sahaja.

Bilakah keputusan rayuan akan diumumkan?+

Pemohon yang berjaya akan dikeluarkan tawaran tunai haji. Sekiranya tiada apa-apa makluman sehingga akhir Syawal 1446H, maka rayuan adalah tidak berjaya.

Siapakah yang BH boleh hubungi untuk maklumat lanjut?+

BH boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre di talian 03-62071919 atau emel: th-info@lth.gov.my.

Siapakah yang layak membuat rayuan?+

a. Semua pendeposit TH yang mendaftar haji; dan

b. Telah mendaftar aplikasi THiJARI (Hanya pendeposit akaun dewasa (18 tahun dan ke atas) sahaja boleh mendaftar THiJARI).

c. Bagi akaun kanak-kanak di bawah 18 tahun yang tiada THiJARI, boleh mengemukakan rayuan di kaunter TH Cawangan.

Bagaimanakah cara hendak mendaftar THiJARI?+

Pendeposit TH hendaklah memuat turun aplikasi THiJARI melalui Android atau iOS atau melayari laman web (www.thijari.com.my).

Bolehkah pendeposit membuat rayuan menggunakan telefon bimbit?+

Ya. Pendeposit hendaklah muat turun aplikasi THiJARI ke dalam telefon bimbit melalui App Store atau Play Store.

Apakah kategori rayuan boleh dipohon?+

Kategori rayuan adalah seperti berikut:

a) Suami menjadi mahram kepada isteri terpilih b) Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (24 tahun dan ke bawah) c) Isteri mengikut suami terpilih d) Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (25 tahun dan ke atas) e) Isteri mengikut suami dan madu terpilih f) Bakal Haji Orang Kurang Upaya (OKU) g) Bakal Haji Muallaf h) Bakal Haji Lanjut usia (75 tahun dan ke atas) i) Bakal Haji Daftar Lama j) Lain-lain rayuan

Bolehkah rayuan dibuat secara berkelompok?+

Tidak. Hanya seorang sahaja yang dibenarkan merayu bagi setiap rayuan.

Berapa kali BH boleh membuat rayuan tunai haji?+

BH dibenarkan mengemukakan rayuan sekali sahaja bagi setiap musim haji.

Adakah pendeposit perlu memuat naik dokumen sokongan semasa rayuan dibuat?+

Pendeposit tidak perlu memuat naik dokumen sokongan semasa membuat rayuan.

Bolehkah pendeposit membatalkan permohonan rayuan yang telah dibuat melalui Aplikasi THiJARI?+

Tidak boleh. Pendeposit perlu hadir ke Pejabat TH Cawangan yang berhampiran untuk kemukakan permohonan pembatalan rayuan.