Soalan Lazim Peluang Kerjaya


Soalan Lazim Karier

Adakah maklumat peribadi saya akan digunakan TH bagi tujuan pemasaran?+

Tidak. TH tidak akan menggunakan maklumat peribadi untuk tujuan pemasaran.

Adakah maklumat peribadi saya selamat?+

Ya, maklumat peribadi anda selamat bersama kami.

Adakah pendaftaran di Portal Karier TH percuma?+

Ya, ia percuma

Adakah saya akan menerima makluman email untuk sebarang kekosongan jawatan di TH?+

Tiada makluman email untuk sebarang kekosongan jawatan di TH. Anda perlu mencari di dalam TH.

Adakah saya boleh menyimpan permohonan dan kembali semula untuk tahap seterusnya?+
  1. Klik butang 'Simpan' yang berada di bahagian bawah laman yang sedang anda isi. Permohonan anda akan disimpan dan boleh dikemaskini pada bila-bila masa.
  2. Setelah selesa,i sila log keluar daripada sistem.
Apa perlu dibuat sekiranya saya terlupa kata laluan/nama pengguna?+
  1. Pergi ke laman 'Log-Masuk' dengan mengikuti pautan yang berada pada sebelah kiri anda.
  2. Masukkan alamat email yang telah anda daftarkan untuk akaun dan klik pada pautan 'lupa kata laluan'. Email yang mengandungi pautan untuk menetap semula kata laluan anda akan dihantar ke email berdaftar anda.
  3. Setelah email diterima, klik pada pautan yang berkaitan. Sila tetapkan kata laluan baru untuk digunakan bagi mengakses akaun anda di masa hadapan.
Apakah jenis-jenis fail yang boleh dilampirkan pada permohonan saya?+

Sistem ini menerima jenis fail seperti berikut:

  • PDF (.pdf)
  • JPEG (.jpg)

Format fail yang tidak disokong:

  • Rich text format (.rtf) – kebanyakan word proocessor boleh menghasilkan fail di dalam format ini.

Sila semak perkara berikut sebelum melampirkan dokumen anda:

  1. Fail tidak mempunyai kata laluan atau dienkrip
  2. Dokumen tidak mengandungi sebarang "macro code" atau :executable code" dan
  3. Dokumen bukan untuk "Read Only"

Jika tidak, ia boleh menghalang aktiviti memuat naik dokumen anda atau tidak dapat diterima dengan baik permohonan anda.

Apakah kelayakan akademik yang minimum?+

Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus Bahasa Malaysia

Apakah pelayar yang disyorkan untuk menggunakan aplikasi ini?+

Pelayar yang disyorkan adalah seperti berikut:

  1. Internet Explore Version 8
  2. Chrome
  3. Firefox
  4. Safari
Apakah saiz minimum fail?+

Saiz fail maksimum 20MB adalah dibenarkan dengan had keseluruhan 5MB bagi setiap permohonan.

Apakah yang perlu saya lakukan supaya TH hubungi berkaitan permohonan saya?+

Anda perlu mengemaskini resume anda supaya bersesuaian dengan syarat dengan kekosongan jawatan.

Bagaimanakah cara untuk mencetak borang permohonan saya ini?+
  1. Klik tab 'Application History'. Ia akan memaparkan semua permohonan semasa anda.
  2. Pilih kekosongan yang betul di jadual permohonan sedia ada.
  3. Di bahagian kanan skrin, klik pada butang 'Cetak'. Permohonan anda akan muncul di dalam format PDF.
  4. Klik pada PDF tersebut untuk membukanya. Anda boleh mencetak laman tersebut sebagaimana mencetak laman sesawang biasa (bagi kebanyakan pelayar, pilih menu 'Fail' dan pilih 'Cetak', atau gunakan kekunci pintasan Ctrl+P pada Windows, dan Command+P pada Mac.
  5. Anda juga boleh menyimpan PDF tersebut di komputer persendirian jika perlu.
  6. Setelah selesai melihat dan/atau mencetak ringkasan, tutup sistem Pengambilan itu.
Bagaimanakah cara untuk saya kemaskini profil?+

Gantikan dengan resume yang terkini dan kemaskini profil anda.

Bagaimanakah cara untuk saya menarik balik permohonan?+

Pergi ke 'Application History'

Bagaimanakah saya boleh memohon pekerjaan di TH?+
  1. Daftar sebagai pengguna di sistem aplikasi Perjawatan atas talian kami.
  2. Butang "Memohon Dalam Talian" dalam setiap kekosongan kerja akan membawa anda melalui proses permohonan dalam talian kami langkah demi langkah.
Bagaimanakan cara untuk saya menghantar lampiran yang pelbagai?+
  1. Pastikan sambungan internet mempunyai kapasiti yang sesuai untuk menghantar dokumen yang dilampirkan. Jika saiz dokumen anda terlalu besar dan mengandungi grafik seperti gambar, sila keluarkan/ padam grafik tersebut dan hantar semula resume anda.
  2. Jika isu ini masih berlarutan sila email kami di: th-info@lth.gov.my
Bilakah jangkaan untuk saya menerima maklum balas daripada TH?+

Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas daripada TH dalam tempoh enam (6) bulan dari tempoh permohonan, maka permohonan anda dikira di anggap tidak berjaya.

Bolehkah saya memohon lebih dari satu (1) jawatan kosong?+

Tidak, hanya satu (1) pada satu masa.

Bolehkan saya melampirkan dokumen yang telah diimbas?+

Sila serahkan dokumen digital yang asal dan bukan yang diimbas. Walaubagaimanapun, sekiranya perlu menghantar dokumen yang telah diimbas, pastikan format imej tersebut adalah format fail sokongan

Bolehkan saya menghantar e-mel resume?+

Tidak boleh.

Dimanakah saya boleh melihat jawatan yang ada?+

Log masuk ke dalam sistem untuk melihat semua kekosongan jawatan yang ada serta syarat-syarat bagi setiap jawatan

Saya telah lihat senarai kekosongan dan mendapati tiada area yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat saya. Adakah saya masih berpeluang untuk mendapat pekerjaan di TH?+

Ya dan sila gunakan 'Deposit Resume'

Saya telah pun berdaftar sebagai pengguna di dalam pangkalan data TH - bolehkah saya memohon untuk jawatan terbuka?+
  1. Gunakan profil sedia ada anda untuk memohon kekosongan jawatan. Hanya log masuk ke profil anda dan mohon kekosongan di bawah tab " Permohonan Jawatan".
  2. Kemaskini borang Profil anda sebelum menghantar permohonan supaya kami boleh mengakses kelayakan/pengalaman terkini anda.
Siapakah yang boleh memohon jawatan di TH?+

Terbuka untuk semua

Soalan Lazim Latihan Industri

Adakah saya dapat menyimpan aplikasi dan kembali ke peringkat seterusnya?+
  1. Klik pada butang 'Simpan' di bahagian bawah halaman yang sedang anda selesaikan. Permohonan anda kemudiannya akan disimpan dan boleh diubah suai pada bila-bila masa sehingga tarikh penutupan untuk kekosongan.
  2. Sila log keluar dari Sistem Pengambilan Web sebaik sahaja selesai.
Apa yang perlu saya lakukan jika saya terlupa kata laluan / nama pengguna saya?+
  1. Pergi ke halaman 'Log masuk' dengan mengikuti pautan di sebelah kiri skrin anda.
  2. Masukkan alamat e-mel yang telah anda berdaftar untuk akaun dan klik pautan 'terlupa kata laluan anda'. E-mel yang mengandungi pautan untuk menetapkan semula kata laluan anda akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda.
  3. Apabila menerima e-mel, klik pada pautan yang disediakan. Kemudian akan diminta untuk menetapkan kata laluan baru untuk digunakan semasa mengakses akaun anda pada masa akan datang.
Apakah jenis fail yang boleh saya lampirkan ke aplikasi saya?+

Sistem Pengambilan Web menyokong jenis fail pilihan berikut:

  • PDF (.pdf)
  • JPEG (.jpeg)

Format fail yang tidak disokong:

  • Format teks (.rtf) - kebanyakan pemproses perkataan boleh menghasilkan fail dalam format ini

Sila semak perkara berikut sebelum anda melampirkan dokumen anda:

  1. Fail tidak dilindungi kata laluan atau disulitkan;
  2. Dokumen tidak mengandungi apa-apa makro atau kod boleh laku lain; dan
  3. Dokumen tidak "read only".

Jika tidak, sistem mungkin menghalang anda daripada memuat naik dokumen atau kami mungkin tidak dapat melihat dokumen dengan betul atau pertimbangkannya sebagai sebahagian daripada permohonan anda.

Apakah platform pelayar yang disyorkan untuk menggunakan aplikasi ini?+

Platform pelayar (Browser) yang disyorkan ialah:

  • Internet Explorer Versi 8
  • Chrome
  • Firefox
  • Safari
Apakah saiz fail minimum?+

Saiz fail maksima sebanyak 20MB dibenarkan dengan had keseluruhan sebanyak 5MB setiap permohonan.

Apakah syarat-syarat kelayakan?+
  1. CGPA Semasa minimum 3.0
  2. Dari Institusi Pengajian Tinggi di dalam Malaysia dan Luar Negara
  3. Bertempoh - minimum 3 bulan maksimum 6 bulan
  4. Bidang yang berkaitan secara langsung dengan TH
Apakah yang diperolehi oleh pelatih TH?+
  1. Pelatih yang ingin mempelajari sesuatu yang baru.
  2. Pelatih yang berdisiplin dan mematuhi peraturan.
  3. Pelatih yang berusaha untuk meningkatkan potensi diri.
Bagaimana jika saya mempunyai soalan lanjut?+

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, sila hubungi:

Tabung Haji Contact Centre (THCC)

Telefon: +603 - 6207 1919

Faks: +603 - 7728 4959

Emel : th-info@lth.gov.my

Waktu Operasi : 8:00 pagi - 6:30 petang 

(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

Janji Temu TH

Pelanggan Yang Dihormati,

Urusan janji temu boleh dibuat bagi pelanggan yang ingin berurusan di Pejabat/Cawangan TH. Para pendeposit boleh mengisi borang janji temu secara dalam talian.

Daftar Janji Temu TH

Bagaimana saya ingin menyemak status semasa permohonan?+

Sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dari TH dalam tempoh dua (2) bulan, permohonan dianggap tidak berjaya.

Bagaimanakah saya hendak menarik balik permohonan saya?+

Pergi ke Sejarah Aplikasi (Tab Application History).

Bagaimanakah saya hendak menghantar resume saya?+
  1. Daftar sebagai pengguna dalam sistem permohonan Pengambilan Praktikal (Tabung Haji Career) dalam talian kami.
  2. Butang Daftar Dalam Talian dalam setiap siaran kerja akan membawa anda melalui proses permohonan dalam talian kami langkah demi langkah.
Bagaimanakah saya mencetak salinan borang permohonan saya?+
  1. Klik tab 'Application History" Ini akan memberikan ringkasan semua aplikasi semasa anda.
  2. Navigasi ke kekosongan yang betul dalam jadual Aplikasi Sedia Ada.
  3. Di sebelah kanan skrin, klik pada butang 'Cetak'. PDF permohonan anda akan muncul di skrin.
  4. Klik pada PDF untuk membukanya. Anda kini boleh mencetak halaman ini dengan cara yang sama seperti anda biasanya akan mencetak halaman web (dalam kebanyakan penyemak imbas, pergi ke menu 'Fail' dan pilih 'Cetak', atau gunakan kekunci pintasan Ctrl + P di Windows, dan Command + P pada Mac).
  5. Anda juga boleh menyimpan PDF ke komputer anda sendiri jika anda ingin berbuat demikian.
  6. Setelah selesai melihat dan / atau mencetak ringkasan, tutup PDF untuk kembali ke Web Sistem pengambilan pekerja.
Berapa lamakah tempoh masa yang diambil untuk permohonan saya diproses?+

Permohonan akan diproses dalam tempoh dua (2) bulan. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh dua (2) bulan, permohonan tersebut dianggap tidak berjaya.

Berapakah tempoh minimum dan maksimum untuk menjalani Latihan Industri di TH?+

Tempoh minimum tiga (3) bulan dan maksimum enam (6) bulan.

Bilakah saya perlu menghantar permohonan untuk Latihan Industri?+

Permohonan perlu dibuat tiga (3) bulan sebelum tarikh mula Latihan Industri.

Bilakah tarikh akhir saya perlu memberi maklumbalas menerima/menolak tawaran?+

Anda perlu memberi jawapan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh tawaran dikeluarkan dengan mengisi Borang Akuan Terima.

Bolehkah saya hanya menghantar emel sahaja?+

Tidak, hanya permohonan melalui sistem sahaja yang akan diterima. Permohonan melalui pos/kurier juga dikategorikan sebagai permohonan tidak lengkap.

Bolehkah saya melampirkan dokumen yang diimbas?+

Tidak

Bolehkah saya memohon jika saya tidak belajar di universiti tempatan?+

Ya

Bolehkah saya memohon Latihan Industri jika saya tidak berada pada tahun akhir saya?+

Keutamaan diberikan kepada pelajar dalam tahun pengajian mereka yang terakhir. Oleh itu, kami menggalakkan anda untuk memohon pada tahun kedua terakhir anda.

Mengapa Tabung Haji dipilih sebagai tempat Latihan Industri?+

Pengalaman bekerja di salah satu firma perkhidmatan mukmin profesional terkemuka di dunia :

  1. Kerja-kerja yang mencabar intelektual.
  2. Budaya yang mesra.
  3. Mentor yang baik.
  4. Latihan yang luas dan mendalam yang merangkumi ruang keperluan industri semasa.