Soalan Lazim e-Invois


e-Invois

Apakah nama initiatif baru TH?

+

Pendaftaran dan Serahan e-invois melalui Portal Pembekal TH. TH memperkenalkan pendaftaran dan serahan invois elektronik (einvois) sebagai alternatif kepada invois fizikal. TH tidak lagi menerima invois fizikal yang melibatkan proses pendaftaran invois secara manual. Serahan invois secara manual selepas tarikh kuatkuasa akan dikembalikan kepada pembekal TH.

Apakah objektif e-invois?

+
  1. Serahan invois secara elektronik melalui Portal Pembekal TH.
  2. TH hanya menerima invois fizikal dalam tempoh peralihan.
  3. Mengurangkan penggunaan kertas bagi invois fizikal untuk penjimatan kos dan masa.
  4. Kemudahan semakan status invois oleh pembekal TH.

Tarikh kuatkuasa pendaftaran dan serahan e-invois melalui Portal Pembekal TH?

+

Khamis, 15 April 2021.

Adakah terdapat pembekal TH dikecualikan daripada e-invois?

+

Tidak. Pendaftaran dan serahan e-invois secara dalam talian digunapakai bagi semua pembekal TH.

Bagaimanakah komunikasi dengan pembekal TH untuk e-Invoice?

+

Maklumat dihantar kepada semua pembekal TH melalui e-mel yang berdaftar dengan TH.

Mengapakah terdapat pembekal TH tidak menerima e-mel notifikasi e-invois?

+

E-mel tidak sah / tiada pendaftaran email dengan TH. Pembekal TH perlu berhubung dengan Bahagian Perolehan untuk mengemas kini maklumat e-mel yang terkini. E-mel ke opsperolehan@lth.gov.my

Bagaimana pembekal TH boleh mendapatkan manual pengguna mengenai pendaftaran dan serahan e-invois melalui portal pembekal TH?

+

Dilampirkan bersama dengan e-mel notifikasi e-invois kepada pembekal TH atau layari Portal Pembekal TH. Manual ini mengandungi maklumat dan arahan penting mengenai tatacara e-invois dalam Portal Pembekal TH. Sila rujuk:

  1. Lampiran A – Lampiran bersama email notifikasi e-invois.
  2. Panduan pengguna e-invois - Laman web TH

Portal Pembekal TH

Apakah maksud Portal Pembekal TH?

+

Ia merupakan portal layan diri yang membolehkan pembekal TH:

  1. Daftar / kemas kini maklumat pembekal dalam talian.
  2. Mendaftar dan serahan e-invois secara dalam talian.
  3. Semakan status bayaran e-invois secara dalam talian.

Bagaimana untuk akses kepada Portal Pembekal TH?

+

Portal Pembekal TH adalah aplikasi berasaskan web yang menggunakan internet sebagai kaedah capaian dan sesuai dengan semua pelayar yang biasa digunakan (IE, Chrome, dan Firefox). Untuk mengakses portal ini, pembekal baru dan sedia ada perlu mendaftar sebagai pembekal TH dan akan diberikan ID pembekal dan pautan bagi daftar masuk ke portal pada kali pertama.

Siapakah yang dibenarkan akses kepada Portal Pembekal TH?

+

Semua pembekal yang telah berdaftar sebagai pembekal TH dan mempunyai ID pengguna dan kata laluan bagi tujuan akses kepada Portal Pembekal TH.

Bolehkah pembekal TH membuat serahan invois fizikal kepada TH?

+

Tidak. Serahan invois melalui Portal Pembekal TH secara dalam talian.

Pembekal

Pembekal TH sedia ada: Bagaimanakah cara mengemaskini maklumat pembekal (akaun bank, alamat, e-mel, nama vendor dan lain-lain)?

+

Bagi pembekal aktif dan sebelum tarikh luput, kemaskini maklumat pembekal adalah secara elektronik di Portal Pembekal TH. Selepas tarikh luput, pembekal TH perlu emel ke opsperolehan@lth.gov.my

Gagal log masuk portal pembekal TH?

+

Lupa ID / kata laluan

+

Portal Pembekal TH adalah portal layan diri dan boleh klik "Lupa Kata Laluan/Nama Pengguna"

Tiada ID / kata laluan?

+

Pembekal boleh berhubung dengan Bahagian perolehan untuk mengemaskini dan mendaftarkan e-mel yang betul. Emel ke opsperolehan@lth.gov.my

Adakah pembekal TH perlu memasang perisian untuk portal ini?

+

Tidak. Portal Pembekal TH adalah aplikasi web berasaskan internet dan serasi dengan semua pelayar web (IE, Chrome, dan Firefox).

Bagaimanakah pembekal baru hendak mendaftar dengan TH?

+

Semua syarikat yang membekalkan barang dan perkhidmatan untuk TH wajib berdaftar dengan TH menggunakan Portal Pembekal TH. Setelah kelulusan, pembekal akan menerima notifikasi melalui e-mel dengan ID dan pautan dari TH.

Bagaimana pembekal TH boleh mendapatkan panduan pengguna mengenai pendaftaran pembekal?

+

Dilampirkan bersama e-mel notifikasi e-invois kepada pembekal TH atau layari Portal Pembekal TH. Dokumen ini mengandungi maklumat dan arahan penting mengenai tatacara pendaftaran pembekal. Rujuk kepada:

  • Lampiran B – Lampiran bersama e-mel notifikasi e-invois
  • Panduan pengguna pendaftaran pembekal - Laman web TH.

Pendaftaran dan Muatnaik e-Invois di Portal Pembekal TH

Siapakah yang dibenarkan mendaftar invois dalam portal pembekal TH?

+

Hanya pembekal aktif TH. Pembekal TH yang tidak aktif hanya diberi akses dan lihat kepada portal sahaja.

Bagaimana proses pendaftaran e-invois dalam Portal Pembekal TH?

+

Rujuk panduan pengguna yang dilampirkan bersama dengan e-mel notifikasi kepada pembekal TH. Dokumen ini mengandungi maklumat dan arahan penting mengenai tatacara penggunaan e-invois dalam Portal Pembekal TH.

Apakah prosedur pertama sebelum proses pendaftaran invois di Portal Pembekal TH?

+

Semak status pesanan belian (PO) dan GRN sebelum membuat pendaftaran e-invois. Pendaftaran e-invois hanya dapat dibuat jika GRN bagi PO yang berkaitan telah dikeluarkan oleh pemohon (requestor).

Bagaimana proses membuat pindaan pada maklumat e-invois?

+

Setelah proses pendaftaran e-invois berjaya dihantar ke TH, maklumat tuntutan tidak boleh dipinda. Pindaan maklumat e-invois dalam Portal Pembekal TH hanya boleh dibuat bagi e-invois yang masih belum berjaya dihantar ke TH dan mempunyai status incomplete.

Adakah pembekal TH perlu memasukkan nombor akaun bank secara manual semasa proses pendaftaran invois?

+

Tidak. Maklumat akaun bank dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat yang didaftarkan dengan Bahagian Perolehan TH. Sekiranya terdapat perbezaan maklumat akaun bank pada invois dan portal, pembekal TH perlu mengemaskini nombor akaun yang baharu dengan Bahagian Perolehan TH. E-mel ke opsperolehan@lth.gov.my

Adakah pembekal TH dibenarkanmembuat pindaan pada nombor akaun bank secara manual dalam portal pembekal TH?

+

Tidak. Ini merupakan mod paparan. Tiada sebarang pindaan maklumat dibenarkan.

Apakah dokumen yang perlu dimuatnaik bagi tujuan bayaran?

+

Invois, PO, GRN dan dokumen lain yang berkaitan.

Adakah nombor invois yang sama boleh digunapakai bagi membuat tuntutan yang berbeza.

+

Tidak. TH tidak membenarkan penggunaan nombor invois yang berulang bagi pembekal yang sama.

Adakah pembekal TH dibenarkan untuk tidak menggunakan Portal Pembekal TH untuk pendaftaran bagi tujuan serahan e-invois?

+

Tidak. Pendaftaran dan serahan e-invois secara dalam talian melalui Portal Pembekal TH digunapakai bagi invois dengan PO

Proses Padanan di Portal Pembekal TH

Apakah proses padanan?

+

Padankan maklumat invois dengan PO dan GRN.

Apakah akan berlaku jika maklumat e-invois dan GRN berbeza?

+

Jika terdapat perbezaan maklumat e-invois dan GRN, TH akan membatalkan pendaftaran bagi e-invois tersebut. Pastikan semua maklumat pada invois adalah sama seperti maklumat yang didaftarkan dalam Portal Pembekal TH. Di antaranya adalah nombor PO, nombor invois, tarikh invois, jumlah tuntutan dan nombor akaun bank.

Pembekal TH ingin membuat pendaftaran e-invois sebanyak 6 baris tetapi hanya 5 baris sahaja dipaparkan dalam portal pembekal TH.

+

Klik pada butang “next” untuk melihat baris tambahan.

Sila nyatakan status PO dalam Portal Pembekal TH.

+
  1. Terbuka (Open) - PO tidak ditutup atau sebahagian GRN telah dibuat oleh pemohon (requestor). Pembekal TH perlu memastikan status PO adalah open sebelum membuat pendaftaran invois dalam portal.
  2. Tutup untuk penerimaan (Close for receiving) - GRN sepenuhnya telah dibuat oleh pemohon (requestor).
  3. Tutup (Close) – Invois dalam proses semakan dan bayaran.

Semak Status e-Invois di Portal Pembekal TH

Bagaimana proses semakan status e-invois dalam Portal Pembekal TH?

+

Pada menu utama, klik pada “view invoice” dan pembekal TH boleh memeriksa status invois. Taip nombor invois yang tepat pada ruang yang dipaparkan iaitu “invoice number”. Maklumat invois yang berkaitan akan dipaparkan dan semakan status invois adalah pada ruang “invoice status

Senarai status e-invois dalam portal pembekal TH.

+

Dalam proses (in process) – Maklumat invois telah berjaya dihantar ke TH bagi tujuan semakan dan bayaran.
Batal (cancelled) - Pendaftaran invois dibatalkan setelah proses semakan invois oleh TH.

Bagaimana status e-invois yang dibatalkan (cancelled)?

+

Jumlah tuntutan adalah 0 dan status invois adalah cancelled. Pembekal TH perlu menyemak justifikasi di ruangan keterangan dan perlu mendaftar dan menghantar semula invois dengan menggunakan yang maklumat yang tepat.

Bagaimana pembekal TH maklum bagi invois yang berjaya dihantar melalui Portal Pembekal TH?

+

Halaman pengesahan (confirmation page) akan dipaparkan setelah invois berjaya dihantar ke TH bagi tujuan semakan dan proses bayaran.

Semak Status Bayaran e-Invois di Portal Pembekal TH

Bagaimana untuk semak status bayaran bagi e- invois dalam portal pembekal TH?

+

Pada menu utama, klik “view payment”. Semakan status bayaran dengan memasukkan nombor dokumen bayaran yang berkaitan/ nama pembekal atau lain-lain maklumat yang berkaitan.