Soalan Lazim Debit Card-i


Debit Card-i

Apakah Kad Debit-i TH?+

Kad Debit-i TH adalah hasil daripada kerjasama Co-Brand antara TH dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebagai satu alternatif kepada Jemaah Haji/Pendeposit untuk membuat pengeluaran wang semasa di Tanah Suci.

Apakah perkhidmatan yang disediakan melalui Kad Debit-i TH?+

Dengan Kad Debit-i TH, Jemaah Haji/Pendeposit boleh melakukan transaksi pengeluaran dan pindahan wang melalui mesin ATM di Malaysia dan Luar Negara.

Apakah kelebihan Kad Debit-i TH?+

Kelebihan Kad Debit-i TH adalah Jemaah Haji/Pendeposit boleh membuat transaksi pengeluaran wang di Tanah Suci semasa musim Haji secara percuma.

Bagaimanakah permohonan Kad Debit-i TH boleh dilakukan?+

Permohonan Kad Debit-i TH boleh dilakukan seperti berikut:

  • Jemaah Haji/Pendeposit mestilah mempunyai akaun TH dan akaun BIMB.
  • Permohonan Kad Debit-i TH ini boleh dibuat di Cawangan BIMB sahaja.
  • Kad Debit-i TH akan didaftarkan (link) ke akaun TH Jemaah Haji/Pendeposit.
  • Bagi Jemaah Haji/Pendeposit yang telah memiliki akaun BIMB, mereka boleh membuat penggantian kad bank sedia ada di Cawangan BIMB.
Semasa musim haji, bagaimanakah Jemaah Haji/Pendeposit boleh melakukan transaksi pengeluaran wang TH menggunakan Kad Debit-i TH ini?+
  • Jemaah Haji/Pendeposit terlebih dahulu perlu membuat pindahan dari akaun TH ke akaun BIMB dengan amaun yang mencukupi.
  • Oleh itu, pengeluaran wang di Tanah Suci akan didebit dari akaun BIMB Jemaah Haji /Pendeposit.
Apakah transaksi yang boleh dilakukan melalui Kad Debit-i TH dan berapakah caj yang dikenakan?+

1. Perkhidmatan Kad Debit-i TH di Malaysia:

BilJENIS PERKHIDMATANCAJ DIKENAKAN KEPADA PENDEPOSIT (RM)
1.Pengeluaran TunaiRM1.00 setiap transaksi
2.Simpanan Tunai (CDM)RM1.00 setiap transaksi
3.

Pindahan Simpanan:

  • Dari Akaun BIMB ke Akaun TH sendiri

  • Dari Akaun BIMB ke Akaun TH pihak ketiga

  • Dari Akaun TH ke Akaun BIMB sendiri

  • Dari Akaun TH ke Akaun BIMB pihak ketiga

  • Dari Akaun TH ke Akaun TH sendiri 

  • Dari Akaun TH ke Akaun TH pihak ketiga 

RM1.00 setiap transaksi
4.Semakan BakiPercuma
5.Pendaftaran HajiPercuma
6.Pendaftaran (link) Akaun THPercuma

2. Transaksi Kad Debit-i TH di Tanah Suci:

  • Pengeluaran wang di Tanah Suci semasa musim Haji secara percuma.

    • Jemaah Haji/Pendeposit boleh membuat transaksi pengeluaran wang di Tanah Suci semasa musim Haji secara percuma. Jemaah Haji/Pendeposit terlebih dahulu perlu membuat pindahan dari akaun TH ke akaun BIMB dengan amaun yang mencukupi. Oleh itu, pengeluaran wang di Tanah Suci akan didebit dari akaun BIMB Jemaah Haji /Pendeposit.

Adakah permohonan Kad Debit-i TH ini boleh dilakukan di Pejabat Cawangan TH?+

Kad Debit-i TH hanya boleh dibuat permohonan di kaunter BIMB sahaja.

Apakah Reka Bentuk Kad Debit-i TH?+

Logo TH akan dipaparkan pada Kad Debit-i TH. Reka bentuk kad adalah seperti di bawah:

Card_front.png Card_back.png